9 Jun 2015

Mangroves - Guardians of the Coast

Mangrove Forest Restoration

EcOHeaRT: SeMaiaN BuDi







Assalamualaikum

semoga sihat sejahtera... agak kepenatan dan keletihan..baru balik dari program..program konservasi ..program pelestarian alam ... kalini rangkaan abahnya adalah terhadap pelestarian alam di Kilim Karst, Geopark Langkawi..fokus utama adalah konservasi Bakau... spesis utama yang disemai adalah spesis bakau kurap dan bakau minyak....target 1000 batang tapi semangat punya pasai dapat 1125 batang anak benih dapat disemai... tahniah.... keletihan toksah cerita laa... semua pancit mengesot pun ada... mana taknya.. siap masukkan tanah dalam poli bag kena upload pulak dalam lori ..kedian download ke tapak semaian ubah dari tapak semain...ke kawasan sasaran saja dah hampir 30 meter... pancit.... tapi menyeronokkan... abah tanya korang mesti menyesalkan datang? tapi jawapannya...tak kami nak datang lagi....haaaaa??? kagum abah ngan sikap mahasiswa sebegini... abah puas hati inisiasi merentas bidang yang abah buat dari tahun lepas nampaknya telah membuahkan hasil.... tidak lagi kegiatan mahasiswa berkisar tentang hal-hal rutin dan yang dah jadi kebiasaan...



Kelab UNESCO pula abah dah rebranding sikit....bagi establish bagi ada identiti dan memberikan impak terhadap fungsi serta peranannya... Maka, abah namakan UNESCO-ECOHEART CLUB..EcoHeart adalah akronim bagi Education, Conservation Objectivity...maknanya...setiap pendidikan konservasi mesti ada matlamat dan objektif yang nak dicapai... fokus utama apa saja aktiviti yang berupaya memberikan manfaat buat mahasiswa, masyarakat, institusi dan negara...







Buat semua, abah ucapkan terima kasih kerana sudi menyertai program ini... anda adalah adiwira geopark bak kata kawan abah cik CK... kesempatan ini juga abah nak ucapkan terimakasih kepada Bahagian Pembangunan Geopark dan Konservasi, Koperasi Kilim Bhd, Komuniti Kilim, Sekolah Kebangsaan Kilim, Langkawi, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSP, Bahagian Pembangunan Pelajar JPP Putrajaya, UITM,...dann semua sahabat-sahabat abah.... tiada ucapan selain...semoga Allah merahmati usaha kecil kita ini....Amin..




Lepas ni apa pula..... ada lagiii kerjanya tidak terhenti disini... ubah dan tanam dipinngiran air pula... banyak lagi kerja yang perlu dilakukan... wow...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Followers

Abah & Mimie...

Daisypath Anniversary tickers