14 Dec 2014

Travelog Kota Medan: Inisiasi hati anak muda



DELEGASI MPP MALAYSIA- USU INDONESIA

Disember 2014, hasil dari inisiasi dan kesedaran betapa perlunya pendedahan mahasiswa terhadap keterbukaan dalam pembangunan kelompok pemimpin anank muda ini telah membawa abah dan rakan-rakan siswa ke Medan, Indonesia..
Sebelumnya, abah tercari-cari dimana tempatnya harus aku berikan pendedahan ini.. dalam konteks  survival dan rentak pergerakkan kepimpinan harus diutamakan.. usah bercatur tentang ideologi tentang falsafah politik.... apa yang penting adalah keterbukaan mereka dan ini harus diberi pendedahan... bersama seorang rakan maka, kami berkelana ke Medan bertemu dengan golongan mahasiswa disana... mahasiswa dari Universitas Sumatera Utara.. mereka amat mengalukan kedatangan kami.. hebat.. bahkan kami diketemukan bersama dengan Timbalan Rektor III USU secara langsung..



SIDANG DISKUSI MAHASISWA DI BILIK PERSIDANGAN IMT-GT USU



Rencananya tanggal 8 disember 2014 insyaAllah akan kesana .. bertemu langsung bersama kelompok kepimpinan mahasiswa USU, KOMPAS-USU, Persatuan Mahasiswa Malaysia-Indonesia.. ruangan diskusi utama adalah berkaitan dengan pembangunan mahasiswa, strukturnya, ideologi pembangunannya, kaedah dan pelbagai agenda..disamping itu juga, kami bersama-sama merencana aktiviti yang lebih bermakna maklumlah membawa anak-anak muda..pastinya membosankan juga apabila hanya diskusi sahaja.. rakan abah lantas mencadangkan agar diadakan satu aktiviti bersama mereka .. Alhamdulillah.. beliau mengusahakan melalui kenalan rapatnya di Medan Abang Joni dari Federasi Arung Jeram Sumatera Utara maka.. terhasillah aktiviti lebih meriangkan.. bersama-sama rakan KOMPAS-USU.. yaa.. kita eksplorasi alam melalui aktiviti white water rafting.... masyaAllah.. Allah membuka laluan yang senang dan mudah buat kami..Namun, pada saat akhir pihak USU memaklumkan bahawa, jadual diskusi dan pertemuan dengan USU harus dipinda ke 10 Disember... abah bersetuju... tidak mengapa kata abah... bisa aja.. 

BERSAMA DRS RAJA BONGSUH DISKUSI INTELEK KAMI
Tanggal 8 disember lalu bersama 8 mahasiswa politeknik dan ditemani beberapa oranng pegawai maka, terbanglah kami ke sana... agak keletihan pada hari pertama maklumlah bangun awal jam 4 pagi bagi memastikan berada awal di airport penang.. flight jam 725 am.. sampai ke airport Medan Kualanamu jam 7:25 am waktu medan ( Medan lewat sejam dari Malaysia)..tiada yang lebih unik diungkapkan melainkan letih kerana macettttt (jammed) perjalanan dari airport ke Medan makan masa lebih 2 jam... bayangkanlaa.. sampai disana .. yokkk kita makan ajaa dulu kata teman USU.. makan aja di USU selepas itu baru kita ke Sungai Bingei bersama Federasi arung Jeram Sumatra Explorer..perjalanan ke Sungai Bingei di daerah Binjai memakan masa 2 jam... jenuhlaa... masuk kampung sampailah ke kaki gunung... Selesai solat dan bertukar pakaian.. sekali lagi kami dibawa menaiki 4 wheel ke puncak bukit starting point... wahh.. team KOMPAS USU dan federasi menyiapkan semua kelengkapan... abah kagum.. mereka menyediakan segalanya dan menemani kami untuk berarung jeram dengan 7 orang guide expert dalam memastikan keselamatan delegasi... terimakasih abang Joni....rasanya tidak tercatat pengalaman ini... melintasi hutan, ladang kelapa sawit, pinggiran kampung dan kawsan rekreasi amat mendamaikan... thrill amat terasa apabila melintasi jeram... hanya dua perkataan keluar dari mulut skipper.. maju... mundur..kayuh... adrenalin mengalir... yehaaaa...paling menarik adalah apabila pengakhiran di garisan penamat... BOOM dipanggil iaitu penurunan secara jatuhan mendadak.. lebih kurang 10 meter tinggi ( mungkin tidak sampai)...


SDR ZULFADHLI NYDP MPP PSP BERSAMA SDR BRIAN DARI PEMA USU

Anjakan jadual oleh pihak USU bagi sesi pertemuan 8 Disember ke 10 Disember dimanfaat sepenuhnya... kami, terpaksa mengubah jadual secara total perjalanan..pada 9 disember dengan mengadakan lawtan keusahawanan setempat.... unik sungguh orang indonesia.. abah kagum dengan survival mereka... tak heranlah kalau mereka dapat bertahan dalam apa jua situasi ekonomi... sempat kami menghala ke Brastagi, tanah tinggi sumatera.. secara jujur abah rasa, meriah lagi Cameron Highland.. kami ke Bukit Gundaling..puncak yang mempunyai view point ke Gunung Berapi Sinabung yang baru-sahaja memuntahkan laharnya.... masih lagi kelihatan asap berkepul naik ke udara.. masih aktif... indah ciptaan Ilahi... wanauzubillah .. kelihatan gunung Sibaya.... sejuk dan menyegarkan.. 

Gunung Sibaya di seliputi awan petang

Gunung Berapi Sinabung masih aktif .. foto dari bukit Gundaling, Brastagi 
Ketemu pulak dengan penunjuk perasaan di Kota Medan



Eksplorasi Arung Jeram bersama Mahsiswa KOMPAS-USU



Menyeramkan.. bertarung dengan arus jeram yang laju 


Pulangnya keesokkan harinya kami langsung aja ke USU.. Pak Bongsu Timbalan Rektor III sudah menunggu.. kami dipersilakan ke dewan persidangan IMT-GT USU... dipengerusikan oleh Tim Rektor III..pelbagai isu dan kupasan tentang survival mahsiswa dan agenda pembagunan negara dilontar ke khalayak mahasiswa... sidang mahasiswa menjadi panas dengan sesi dialog kedua2 pihak... mewakili delegasi Malaysia abah diminta memberi ucaptama .. Sdr Zulfadhli NYPD MPP PSP menjadi ketua delegasi mahasiswa meberikan ucaptama mewakili Malaysia.. Alhamdulillah segalanya lancar.. pelbagai isu dilontar antaranya ideologi mahasiswa, perspektif pembangunan, struktur kepimpinan dan perbezaan pandangan, restorasi kepercayaan dan pelbagai... sidang menjadi hangat.. itulah.. abah rasa, kiranya diteruskan mungkin seminggu takkan tamat sidang... semangat anak muda mencari ilmu.. jangan didustai inisiasi mereka.... 


biarpun sesi diskusi telah tamat... masih banyak yang dibualkan tentang insiasi pembangunan 
lontaran soalan kepada mahsiswa dalam sesi diskusi 


Makan malam pada hari tersebut dihadir oleh semua perwakilan mahasiswa dari KOMPAS, USU, Federasi Arung Jeram dan Perwakilan Mahasiswa Malaysia - Indonesia... keletihan.. tapi abah rasakan inilah platform yang dicari-cari agar keterbukaan minda anak muda kepimpinan mahasiswa perlu... buat pihak Pengurusan USU, mahasiswa USU terima kasih kerana sudi menemankan rakan delegasi dari Malaysia 4 hari tanpa jemu 24 jam....buat PEMA anda memang hebat... semoga anda akan jadi pemimpin nanti dan mengubah negara anda ke arah yang lebih baik..begitu juga delagasi MPP Malaysia.. sampaikanlah kepada rakanmu disini erti kemahsiswaan.. binalah jati diri dan bangunkanlah institsui agar menjadi lebih cemerlang... buat teman-teman abah.. terima kasih kerana membantu inisiasi ini.... semoga Allah SWT membalag segala jasa anda....


Delegasi Malaysia




apa yang abah belajar dari timabaln Rektor III USU Bapak Drs. Raja Bongsuh Hutagalong..hanya satu..
" Usah dikenang sumbangsihku...namun, keikhlasan ku nyata"
Fastabiqul Khairat..

Abah
Travelog Kota Medan... Inisiasi Anak Muda...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Followers

Abah & Mimie...

Daisypath Anniversary tickers