23 Dec 2013

BuBBlinG SunDaY :

Assalamualaikum,

 Cuti Sekolah telah bermula dan telah berlalu hampir sebulan...menuju ke penghujungnya...kelihatan ramai rakan-rakan abah bawa anak bercuti sakan... balik kampung bersama opah dan wan atau berjalan-jalan ke tempat percutian menarik... Pantai Timur kurang menjadi pilihan kerana musim tengkujuh apatah lagi dilanda banjir besar .. semoga Allah mempermudahkan dan memulihkan kehidupan mereka... Keluarga abah tak banyak yang boleh dilakukan... umminya terpaksa marking kertas STPM.. tinggalha dua beradik ni dengan cara mereka sendiri.. main game, main bola dan apa saja yang boleh mereka lakukan.. asalkan tidak buang masa melepak tak tentu hala sudah...abahnya pada awal musim cuti bertimbun kerja.. jangan sebutla pasai cuti vacation trip.. semua palsu belaka.. haha.. anak2 pun tahu..

2 minggu kebelakangan ni.. abah nak explore progam baru buat MPP Zon Utara... nak fokus kepada perkara bidang konservasi ekologi..biarlah terbuika sikit minda... melihat ekologi marin pulak... bukan semata-mata kerana keseronokan berscuba tu.. tapi kerana  hati sudah jatuh maa.. dari mana punai melayang dari sawah turun ke padai, dari mana datangnya sayang dari mata turun ke hati... masa turun ke Pulau Payar bersama anak2 dulu tengok karang banyak yang rosak.. hasil berbual dengan rakan-rakan penyelam, instructor dan orang-orang lama ini yang dilemma mereka... coral di Malaysia banyak yang rosak.. pelbagai faktor.. coral bleaching, ombak, pemanasan global, pukat dan macam2 lagi.. tu yang menyebabkan hati tergerak nak buat program.. dalam halni.. nak ekspose student..maka, terpaksalah cari student... ada 3 orang student enroll nak buat open water diver.. boleh la.. tengah training depa berenang.. hal-hal teknikal kena dilakukan oleh instructor bertauliah...tak boleh main taram ja..
22 disember baru ni... dapatlah peluang bawak anak-anak turun berekreasi di Pulau Payar kembali dapatlah buat  dua dive bersama rakan abah cik firdaus .. namun, segalanya ketentuan Allah.. peralihan musim..maka, banyak yang tak boleh lihat.. kejelasan pengelihatan air agak terhad..tetapi masih lagi suatu aktiviti yang menyeronokkan...

Alhamdulillah, musim cuti ni amat bermakna buat kami sekeluarga...bolehlah berehat sebentar dan menenangkan fikiran.... mengasah bakat dan mempertajamkan kemahiran dan paling passtinya.. mengajar anak2 erti kesyukuran melihat ciptaan Allah.... Alhamdulillah..



Kredit foto : buat rakan cik Firdaus...boleh tahan la weii kamera kompak TG-2 ni .. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Followers

Abah & Mimie...

Daisypath Anniversary tickers