26 Aug 2012

Senarai cadangan peserta ke Sambutan Kemerdekaan ke 55

Assalamualaikum... all.. please refer senarai nama cadangan untuk ke Sambutan Kemerdekaan Di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos nanti... sekiranya ada perubahan ( tak boleh nak pergi ka atau apa ka... carikla ganti ya... maklulmlah 3 hari cuti.... jom la jalan2)


BIL NAMA
1 ABDUL AZIZ BIN ISHAK
2 FAIZAL BIN NAPIAH 
3 ABDUL WAHAB BIN MUHAILLI
4 AHMAD SIRAJUL MUNIR BIN BAKAR
5 ALIFF HAFIZI BIN AHMAD ZAMRI
6 AMIRAH BINTI MOHD JADILAH
7 AMIRUL HAFIDIE BIN SAIDI
8 ANISS TASYA ADIRA BINTI ROSLEE
9 CUT NURUL AMIRA 
10 FATIN AMANI MUMTAZ BT MUHAMAD YUSOF
11 FATIN NADZIRAH BINTI DERMA ROSTAM 
12 GUN YONG CHEE
13 HASMIRA BT BAKAR
14 HAZWAN BIN WAHAB
15 MOHAMMAD HAFIZ HAFZANI BIN HAFHAS
16 MOHD FAREEZ BIN ZULKEFLY
17 MOHD SHAHRIN BIN NEMMANG
18 MOHD SHAHRUL NAZRIN 
19 MUHAMMAD CYRILL ISRAF AZHARI
20 MUHAMMAD FAZREEL BIN ZEINI
21 MUHAMMAD IKHRAM BIN KAHARUDIN
22 MUHAMMAD KHALIS BIN HJ SADELI
23 MUHAMMAD SHAHRIL BIN MOHD SAID
24 MUHESHVARMAN A/L GOVINDASMY
25 NAZIRA BINTI AHMAD
26 NOORASYMAWI B NOORSHAHROM
27 NOR ATIQAH BINTI ABDUL RAZAK
28 NORSHAHIDA BINTI TOHAIR
29 NUR ALIAH BT SHOKIB
30 NUR AMIRA BINTI ADAM
31 NUR ATHIRAH BINTI AHMAD
32 NURSYAMIMI BINTI MOHD SHARIL
33 RAJA MUHAMMAD FADZLEE BIN RAJA BADLI
34 RUBEN A/L SEGAR
35 SALMA FARISA BT MOHAMED AMURDEEN
36 SIRVIA BT NADJA
37 SITI NUR ALYAA BT SHOHMI 
38 SITI NUR IZATI AFIQAH BT MUHAMMAD KAMAL
39 VENGADESH 
40 YUSUF ALFANDY BIN LOKMAN

6 Aug 2012

The Muslim Women @ Olympic 2012.

The Muslim women @ Olympic 2012

Guor Marial : Pelari tanpa negara





Atlet tanpa negara ( Kredit: Harian Metro)

ATLET maraton Olimpik, Guor Marial tahu bagaimana rasanya untuk terus berlari tanpa henti.
Pelari jarak jauh berusia 28 tahun itu menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya dikejar dalam peperangan kejam di negaranya, Sudan Selatan.

Berlari di padang pasir tanpa air atau tempat berteduh, rejim latihannya nyata berbeza dengan atlet lain.

Marial yang berjaya melepasi perang saudara 20 tahun yang menyebabkan kematian dua juta mangsa, termasuk lapan daripada 10 adik beradiknya, dia lari daripada tentera Sudan yang menyerang dan membakar kampungnya, pegawai tentera yang menjadikannya sebagai hamba abdi dan nomad Arab.

Kini Marial akan bersedia untuk perlumbaan maraton Olimpik 2012, hari ini.

Dia tidak mewakili mana-mana pasukan kebangsaan kerana Sudan Selatan, negara terbaru dunia yang meraih kemerdekaan Julai tahun lalu belum memiliki jawatankuasa Olimpik.

Dia tidak memiliki jurulatih, penaja atau kemudahan latihan dan hanya sepasang kasut sukan lusuh. Dia bekerja sepanjang malam untuk menyara hidup di Flagstaff, Arizona, dan berlatih pada siang hari.

Namun, Marial berjaya meraih tempat di kalangan pelari jarak jauh terhebat dunia berdasarkan merit.

Ia menjadikan kisahnya antara paling memberi inspirasi pada London 2012, hingga pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), Britain dan Olimpik melakukan segala-galanya untuk membantunya.

Apabila dia meninggalkan negara Afrika Timur yang bergolak dan menjadi pelarian, Marial melengkapkan perlumbaan paling penting dalam hidupnya setakat ini.


Pada mulanya dia lari ke Mesir sebelum tiba di New Hampshire, AS bersama pakciknya pada 2001.

“Saya pernah benci berlari tapi lari meninggalkan kampung halaman menyelamatkan nyawa saya.” Dia kemudian menjuarai kejohanan merentas desa negeri itu dan diberi biasiswa olahraga oleh Universiti Iowa.

Jun tahun lalu, dia menyertai maraton pertama di Minneapolis dan menamatkannya dalam tempoh dua jam 14 minit, melepasi had masa kelayakan Olimpik.

Begitupun dia seorang pelari tanpa negara. Sebagai seorang pelarian, dia tidak boleh mewakili AS.

Kerajaan Sudan menjemputnya menyertai skuad Sudan tapi Marial menolak.

“Jika saya mewakili Sudan, saya mengkhianati bangsa saya,” katanya. “Ia umpama tidak menghormati dua juta orang yang mati untuk kemerdekaan negara kami.” Selepas mencatat masa kedua terpantas, seorang peguam mewakilinya dan melobi orang berpengaruh bagi memastikan Murial mendapat tempat di Olimpik.

Dua belas hari lalu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa setuju dia boleh berlari secara bebas di bawah bendera Olimpik.


Khamis lalu, pihak berkuasa AS dan Britain mendapatkan visa dan dokumen perjalanan untuknya meskipun tidak dapat menyertai upacara pembukaan.

“Sudan Selatan kini mendapat tempat dalam komuniti dunia. Biarpun tidak membawa bendera mereka di Sukan Olimpik, kami sudah berada di sana. Impian saya kini sudah menjadi kenyataan.”     

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Followers

Abah & Mimie...

Daisypath Anniversary tickers