21 Mar 2012

Langkawi extreme Challenge 2012.

Assalamualaikum..  sekali lagi Kolej Komuniti langkawi akan mengajnurkan Langkawi Extreme Challenge 2012 sebagaimana tahun - tahun  sebelumnya.. Acara ini menghdangkan para peserta dengan elemen - elemen lasak sepanjang pertandingan 5 har i4 malam.. bagi tahun ini  ia akan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tawaran bagi pelajar Politeknik Seberang perai
Langkawi Extreme Challenges 2012 (LEC)
18 - 22 Mei 2012
kolej komuniti Langkawi
1 pasukan ( 2 lelaki dan 2 perempuan)
Format pertandingan adalah:

3 cabaran utama iaitu Jelajah pulau, Jelajah Desa dan Jelajah Gunung
Jelajah pulau  peserta akan berkayak dari  Tanjung Rhu - Pulau Dangli - Pulau Pasir - Tanjung Rhu
* peserta akan mengadakan beberapa aktiviti yang dirancangkan sepanjang checkpoint cara ini berjalan.
Jelajah Desa: Peserta akan berlari sejauh 17 KM bermula dari Ayer Hangat ke Desa Wang Tok Rendong
* peserta akan mengadakan beberapa aktiviti yang dirancangkan sepanjang checkpoint cara ini berjalan.
Jelajah Gunung: Peserta akan m,endaki gunung raya sejauh 25 KM ke puncak
* peserta akan mengadakan beberapa aktiviti yang dirancangkan sepanjang checkpoint cara ini berjalan.
** faktor kiraan pemenang adalah berdasarkan kepada masa yang terpantas.

Disebabkan oleh pertandingan ini adalah dalam kategoroi perlumbaan dan nature aktivitinya adalah lasak.. maka, adalah pihak penganjur menyarankan HANYA YANG LASAK sahaja boleh menyertai BUKAN yang nak masuk atas dasar "saya minat"... sehubungan dengan itu, prasayarat bagi tujuan penyertaan adalah:
1. Tidak Mempunyai penyakit  koronari  atau lelah atau epilepsi atau sebarang penyakit kronik yang lain.
2. sekurang - kurangnya mempunyai kebolehan berkayak (mempunyai asas kayak) dan berkebolehan berenang, mempunyai pengetahuan asas ikatan yang baik, mempunyai ketahan mental dan fizikal, teamwork dan boleh berkomunikasi dengan rakan sepasukan.
3. perlu mengambilkira risiko - risiko bakal terjadi dimana ujian fizikal dan dan mental individu bakal dilaksanakan dan mungkin menyebabkan kehilangan nyawa, kecederaan yang serius dan kehilangan harta benda.

Oleh itu, bagi setiap elemen  ini tidak boleh tidak mesti dimiliki oleh peserta... jangan hanya saya berminat.. tetapi TIDAK BERKEUPAYAAN dalam melaksanakan aktiviti. perlu.

bagi yang berminat boleh menghubungi saya secara terus di pejabat JHEP
Team PSP sebelum pelepasan

wahh... masuk TV beb reporter mai tuuu

Siksa....bermula


kayuh ... tahun 2012 macamana tak tau lagi

ikat dan rungkai.. lari ... pancitttt

Aminkan doa' semoga selamat dari sebarang bahaya.. muka sorang2 penat abih...

goooooo!!!!!!! 25 Km up...



kenangan bersama Jurulatih En. majid, Pengiring  Encik faizal dan pengurus En Aziz..???? pengurus pasukan tangkap gambor laa...

ikhlassss/...

Nota ringkas buat kepimpinan : panduan pengorganisasian JPP

Assalamualaikum, salam sayang semua.. dikesempatan ini abah ucapkan jutaan terimakasih atas inisiatif kepimpinan JPP yang merancang dan melaksanakan hari JPP bersama Pelajar.. terimakasih juga buat saudara Faizal Hj Napiah dan saudara Bob ainol Azreen serta saudara Husaini yang turut sama membantu junior dalam melaksanakan tanggungjawab ini... terbaiklah.. setakat yang abah tinggalkan kaunter kelihatannya hampir 30 aduan diterima .. banyak tu...jenuh proses dan lepasni nak ajukan kepada pengurusan pulak.. pelan-pelan yaaa... sabar ya athirah dan syamimi tanggungjawab tu....
Baiklah.. coretan abahnya kalini banyak berkisar tentang kenapa peri pentingnya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar kepada sesebuah institusi???
"Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif." 
Terdapat juga Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Peringkat Se-Malaysia yang dikenali sebagai Sekretariat JPP SeMalaysia  dan peringkat politeknik masing-masing.
N
Persoalan bagaimanakah program - program ini dirancang?? perancangan terhadap pelaksanaan sebarang program perlu dilihat dari segi kepentingan dan impaknya terdapat mahasiswa.. abah akui agak sukar untuk mengetahui impak terhadap pelajar melainkan suatu kajian mendalam dilaksanakan terhadap program tersebut.. tetapi cukuplah sekadar kita melihat bahawa sesebuah program itu mendatangkan hasil seperti perubahan sikap, perubahan tingkah laku dari pasif menjadi aktif, dari pesimis menjadi optimis.. dan sebagainya.. Sesudah itu, perancangan aktiiviti dan program tersebut seharusnya dimasukkan ke dalam takwim tahunan JPP oleh itu, anda  tidak akan menghadapi masalah dalam pelaksanaannya.. teratur sitematik dan tidak meletihkan jawatankuasa yang menganjur.
Buat abahnya, piawaian yang tinggi perlu ada pada pelaksanaan program dan aktiviti seharusnya berlaku diperingkat jabatan lagi, dan objektiviti program tersebut haruslah dijadikan sebagai sumber pengalaman asa pengurusan dan kepimpinan pelajar, menggalakkan pembentukkan keperibadian, memupuk semangat kekitaan, sikap bertanggungjawab dan kewarganegaraan yang aktif.... indah bukan.. 
Sekarang yang asasnya telah dijelaskan...(paham ke dak ni?? hehehe) Bab yang ke dua .... bagaimana nak menggalakkan semua ni berlaku..hehehe.. adoihh... ramai pelajar perdagangan yang bergiat dalam pertubuhan pelajar.. geng-geng marketing.. we're no more using push startegies... nowadays.. people start to pull their customers... nahh tari diaorang ke program kita.. blue ocean strategies.. jangan offer benda yang sama kedalam market... anda mungkin faham apabila melihat nilai program-program sebelum ini yang dah dirancang.. berlaianan bukan.. mungkin sebelum inihanya bebudak teknologi maklumat saja yang berminat ngan benda - benda editing ni.. sekarang makin ramai yang meminati bidang editing.. sebab itulah kita offer kursus editing.. what people want... baru - baruiu ni ramai yang berniaga.. tetapi jual barang orang ambik komisyen.. berpa sen sangat nak dapat???? so apa yang dipersetujui adalah value added course kita intoduce kursus bakery atau pastry... nah.. adakah kita bersaing dalam program dan aktiviti yang sama dengan orang lain???? bagaimana nak daatan peserta??? ii melibatkan kreativiti penggunaan teknologi.. kini.. facebook menjadi medium yang digilai oleh ramai.. samapai abah n the geng sendiri pun buka fanpage.. rakan JHEP PSP.Disamping itu .. medium web PSP, Info Channel dan secara manual tampal poster juga boleh... yang penting hampa rajin.... kalau tak rajin .. anda berterabaran di dalam kuliah masing-masing then what to do??? promot bro promot.. medium baru yang dicadangkan ialah melalui konti DJ yang bakal kita implimentasikan. di speakers corner... peghhhh.. terbaik....  so.. apa tunggu lagi... tulah medium yang terbaik buat kita semua.. 

19 Mar 2012

3rd Regional Convention On Student Development

Alhamdulillah... menarik hari ini.. disebalik kesihatan yang 'agak' terganggu sikit 2-3 minggu ni... dapat jugak abahnya menyudahkan program dan kursus untuk anak2 JPP yang dah makin melangkah maju dalam kepimpinan.. mula menampakkan keberhasilan dalam kepelbagaian aktiviti dan perubahan minda..Alhamdulillah.
Seketika tadi awal pagi masuk ja ke ofis... bos datang ke bilik.. haa... Jiz.. hang nak pi luar negeri dak.. sambil berseloroh...abah pun jawab balik pi mana bos? bos pi saya pi.. hahaha. melawak.. dia kata nah.. ambik ni bawak 2 orang leader student book tiket.. perbelanjaan kita cari  institusi bayag... adoih.... baca2 surat Indon... waduhhh...blurrr teruih..ingat pi Indon macam pi penang ka pi ipoh ka...nak kena tu  nak kena ni...tak palah .. ...abah ambik surat dan baca intisari dengan teliti,,, wahh menarik  antara objektif nya ialah
  1. merupakan satu forum dalam perkongsian idea, pertukaran strategi dan sumber disamping platform perbicangan isu serta cabaran  berkaitan dengan kepimpinan merentas wilayah..
  2. merupakan wadah perkongsian pelbagai institusi berbeza dalam pembentukan integriti kalangan pelajar
  3. mewujudkan rangkaian antara hadirin dari pelbagai institusi..
Konvention ini dianjurkan oleh  UUM dan Universitas Padjajaran, Bandung  bertempat di Hotel Golden Flower, Bandung dengan tema " Enhancing Student leadership : Developing Purpose and Integrity"
Antara sidang yang telah dirancang adalah:
1. Alligning students purpose and country aspirations
2.Enculturation of Integrity Among University students Malaysian perspective
3.Forum on Nurturing Students Purpose and Integrity Through Community Service  Progerams: experience of Universitas Padjajaran, Indonesia
4. Participants Workshop
5. Preparing tomorrow Leaders Today : The way forward

Apapun.. yang paling menarik minat abahnya adalah item yang ke 3, 4 dan ke 5.... workshops.. peluang interaksi dan pertukaran idea... pada abahnya.. terma kasih kepada Pengarah Politeknik seberang Perai, ketua Jabatan HEP .. atas kesudian menghantar kami ke Bandung bersama sama dengan mahasiswa lainnya dalam ruang interaksi yang cukup bermakna ini.. semoga membawa lembaran baru dalam kepimpinan pelajar. abah amatlah berharap agar ilmu yang diperolehi dan dimanfaatkan buat semua warga kepimpinan yang lain... bukan apa... jauh tu nak korek ilmu.. tambahan pulak kepimpinan ini memerlukan nafas baru, perspektif baru dan iltizam dalam memajukan diri dan organisasi.. nah.. peluangnya dah ada... tunggu apa lagi...

bersama kepimpinan JPP di Universitas Gadjah Madha, Indonesia

Diskusi kepimpinan siswa bersama staf Fakultas Teknik Universitas Diponegoro


Insan yang membawa perubahan dalam mentaliti kepimpinan mahasiswa... Tuan Haji Noor Azahan Othman, Ustaz Ali Wan Chee dan Tuan Haji Abdul Rahim Othman

Diskusi Siswa... di Universitas Diponegoro

Kenangan bersama Pn Norlia Zakaria.. my beloved boss... and friends.. (abahnya dan cik Najib ja lelaki ) semasa lawatan ke Sngapore Polytechnic dalam rangka penubuhan Diploma Logistik dan rangkaian bekalan di PSP

Kenangan Di Republic Polytechinc... titik permulaan perubahan kepimpinan JPP PSP

Inkubator Usahawan... Politeknik singapura... bisness style...

Logytic Lab at Singapore Polytechnic.....
InsyaAllah.. pada Allah subhanahuwataa'la  berdoa' agar dipermudahkan urusan.. kerana abahnya juga pernah berkata kepada kepimpinan ini.. InsyaAllah abah akalau ada kudrat abah akan memastikan kalian belajar dan terus belajar  menjadi pemimpin yang cemerlang  dan kembali berbakti kepada masyarakat dan institusi...
ikhlas....

17 Mar 2012

Life @ Kuala Gula.. through my lense



Sekadar memori yang  sempat abah rakamkan menerusi  lensa di Kuala Gula  yang terletak hampir 50  km dari taiping.. dan dalam lingkungan 80 km dari Pulau Pinang.. kebanyakkan kawasannya adalah berlumpur paya bakau yang menjadiu habitat kepada hidupan di muara sungai... pekerjaan utama penduduknya adalah berkaitan dengan aktiviti menangkap ikan, ketam dan udang.. ada juga yang menternak ikan dalam sangkar untuk tujuan ekspot dan pasaran tempatan..

Apa yang menarik tentang kuala gula adalah tarikan kepada burung - burung hijrah dari benua utara... pelbagai spesies dapat disaksikan antara bulan sepetember hingga Mac.. namun, nasib tidak begitu baik kali ini kerana musim burung hijrah telah tiada  kalau yang terakam pun hanyalah yang miss flight balik kot... hehehe.. apapun.. sekadar rakaman memori ..disebalik kekurangan bantuan telephoto zoom... dapatlah juga dirakam sekor dua beburung di Kuala Gula..
Sempat juga membawa anak2 dan pelajar melawat kilang Kayu Arang  ketika balilk..baru diaorang tahu.. susahnya membuat kayu arang.. terima kasih kepada Encik Hamzah atas kesudian melayan karenah anak2 bertanya soalan.. apataknya teruja diaorang bila mengetahui hanyalah geng2 veteran yang bekerja dalam industri ini.. yang muda??? mana ada.. so .. abah teruja juga dengan satu soalan...oleh pelajar.. lepas ni sapa nak kerja.. pakcik hamzah secara sinis menjawab... tutup la kilang.. hahahaha.... terlampau banyak foto so.. maaflah ya... abahnya tak larat nak pilih satau - satu.. korang bawak thumdrive mai copy jelah....ok....

Ikhlas.... abah












Foto ni ... main taram jaa.. tak sangka kat kaki helang ni ada ikan.. :-))






Last Man Standing.. pakar dalam bab bakar membakar dan mengahsilkan kayu arang...macamana ayat ni ??? hehehe

The Class... they're always curious

Tribute to JPP 2012.....

JPP CSR 2012: Batu 14, Kuala Kurau

13 Mar 2012

Through My Lense.. PSP Youth Entreperneurship 2012..


Tahniah..... buat jabatan perdagangan yang berjaya menganjurkan Youth Entreperneurship Day 2012.. yang berlangsung siang tadi.. wahh.. meriah jugak dengan kempen derma darahnya yang menjangkau 700+ lebih pendernma (target hanya 500 saja bagi PSP) .. ya tak ya..  kempen derma darah ini dilaksanakan serentak seluruh Politeknik Malaysia.. ia  juga bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records.. tahniah juga buat Jabatan Pengajian Politeknik KPTM yang berjaya menempa nama lagi dalam acara ini.. wahh semoga menjadi rekod..
Tahniah juga buat semua anak buah yang bersungguh - sungguh tadi.. terutama buat team Buloh KasaP Entrp.. dan Brader John .. (geng roti john MyCrew dan JPP) yang meniaga sungguh meriahnya.. macam hari raya haji gayanya.. hahahah...untungnya??? jangan  kira .. tetapi budaya  keusahawanan tu penting disulami pulak dengan ilmu-ilmu keusahawanan... wah.. barulah membentuk usahawan yang berjaya.... tahniah jugak buat semua... berjaya melaksanakan tugasan keusahawanan ini.. semoga sukses...dannnnnn stay coollll.....

ikhlas.. salam sayang... abah.....
peghhh.. style abiss.bulat peruttt... hehehe..

MYCrew.... gulung John .. gulung

Harimau Malaya????? jual ayam percik weiiii

Cendoi... baik punya.. from DAT team

Tu dia ... dan lagi tangachi.. ikat rambut... sibuk la .. macaha sudah samapai mau serve juga..:-))

macam kerja kilang depa ni

Young and talented guy.. Usop AlFandy.. vokalis Avesgain.. proud of you  bro...

PSP got talent.... Nurul Ain....... nanti nyanyi kat kitaorang time family day.. ;-))

Koboi pun mai... nampak macam dari sabah.. kudanya mana bah??


Fruiti Sticks deep in Chocolate.... sedapp weiiiii

Anak teruna rajin... wahab Al Barakah..... segak, tampan dan rajin.. sesuai utk dibuat suami..... :-)))

Ida n friends....... amboih.... bab bergambaq.. dok depan tinggai pinnggan... adios....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Followers

Abah & Mimie...

Daisypath Anniversary tickers