3 Nov 2011

Tatacara Rayuan Notis Denda dan Kaedah Pembayaran:

Assalamualaikum semua,

Berikut adalah penjelasan bagi Notis Denda a.k.a saman (sebagaimana yang lebih dikenali oleh students).

1. Apakah yang dimaksudkan sebagai Notis Denda.

Notis denda adalah termasuk dalam hukuman secara terus yang dikenakan ke atas kesalahan - kesalahan yang tidak memerlukan perbicaraan tatatertib.

sebagaimana pekeliling dari Sektor Pengurusan Politeknik KPT.JPKK.603-1/2/1 (14) bertajuk Edaran Perintah Kaedah - Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar - Pelajar) (Pindaan 2007) dinyatakan degan jelas bahawa:

1. (1) Perintah ini boleh dinamakan Perintah-perintah kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-          pelajar) (Pindaan 2007)
    (2) Perintah ini berkuatkuasa 28 Disember 2007

Kaedah baru 26A

(4) kaedah - kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah  26 kaedah yang berikut:

"hukuman tataertib terus oleh pihak berkuasa  tatatertib
26A. (1) Pihak berkuasa tatertib boleh, pada budibicaranya, sebagai ganti mengambil tindakan tattertib     dibawah bahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus, dengan amaran atau denda tidak melebihi lima puluh ringgit  ke atas mana-mana pelajar yang melakukan  kesalahan tattertib  di bawah perenggan 3 (i), kaedah-kaedah  6, 21, 22, 23 dan 25 dengan kehadiran atau pendapat pihak berkuasa tatatertib:


         (2) setelah pengenaan hukuman yang tersebut dalam perenggan 1, pihak berkuasa tattertib hendaklah, dengan serta merta  menyerahkan kepada pelajar suatu Notis bertulis mengenai hukuman yang dikenakan itu dalam suatu borang mengikut sebagaimna yang diarahkan oleh Pegawai hal Ehwal Pelajar, dan jika hukuman itu ialah denda, peruntukan kaedah  kaedah 63 dan 64 hendaklah terpakai"

Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah 63 dan 64?

Kaedah 63:  jika pihak berkuasa tatertib mengenakan hukuman denda  ke atas pelajar,  pihak berkuasa hendaklah menyatakan  tempoh denda itu dikehendaki dibayar  dan pelajar pelajar itu hendaklah membayar denda itu kepada bursar.

contoh: kalau anda dikenakan hukuman itu, anda hendaklah membayarnya di Unit Keewangan Politeknik.

Kaedah 64: Jika pelajar itu tidak membayar denda  dalam tempoh  yang ditentrukan  di bawah kaedah 61, ia hendaklah  selepas sahaja daripada itu digantung daripada menjadi pelajar  institusi  dan tidak boleh  selepas itu berada  atau memasuki kampus, pengantungan itu haruslah berterusan sehinggalah  denda itu dibayar.

2. Apakah saya berpeluang membuat rayuan bagi denda tersebut?

Ya, anda boleh membuat rayuan bagi mengurangkan denda tersebut dengan berjumpa Pegawai hal Ehwal Pelajar di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dalam tempoh masa 7 hari bekerja dari tarikh anda didenda dan anda mesti membayar denda tersebut dalam tempoh masa 14 hari bekerja dari tarikh anda didenda.

3. Dimana saya perlu menjelaskan denda tersebut?

Anda boleh menyelesaikan denda anda di kaunter Unit Kewangan Politeknik dan mendapatkan resit rasmi pembayaran (resit tersebut hendaklah disimpan sebagai rujukan anda bila diperlukan). Anda uga dinasihatkan berjumpa dengan pegawai pengeluar saman anda atau JHEP bagi menyerahkan no rujukan atau no resit rasmi sebagai bukti pembayaran.

4. Apa akan berlaku jika anda tidak membayar denda?

Kegagalan anda membayar denda akan menyebabkan anda digantung pengajian sebagaimana peruntukkan dalam AKTA 174 kaedah 64.

5. kaedah - kaedah:

kaedah 6: Berkaitan pakaian dan rupa diri
Kaedah 21: Kebersihan dalam kampus ( termasuklah kediaman pelajar)
kaedah 22:: Ganguan bunyi bising yang mengganggu.
kaedah 23: menggunakan mana - man bangunan atau premis  sebagai tempat tidur selain dari tempat yang dibenarkan
Kaedah 25: Kad pelajar

Nasihat saya, janglah terlibat dalam hal - hal yang boleh menyebabkan anda didenda... rugi beb rugi... satu kesalahan RM 50 miss  makan 4 hari.. minyak motor keta pun boleh supply 1 minggu beb... rugi... hehehe
seperkara lagi... geng2 keta hampa jangan masuk tau parking staf... dapat kat gard.. habihh kena kunci tayar weiii.. satu hal pulak..
Jika anda menghadapi masalah atau kekeliruan berkaitan peraturan dan apa jua berkaiatan permasalahan pelajar sila ajukan kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau berhubunglah dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Langkawi Extreme Challenges 2011.

Alhamdulillah segalanya telah selamat selesai .. peserta juga sihat.. dah berpaket mungkin makan coklat .. heheh .. ni ha.. corat coret LEC 2011.. untuk pengetahuan semua.. ini adalah yang kali ketiga dianjurkan oleh bahagian hal ehwal pelajar kolej komuniti Langkawi.. Pemenang akan dikira dari segi jumlah mata terkumpul bagi ketiga - tiga acara yang dipertandingakan.. iaitu berakit, ekplorasi gua / ketahan mental  dan larian pendakian gunung raya. semua acara adalah sama.. kecuali perubahan dalam aktiviti berakit dahulu khabarnya menggunakan kayak.. sekarang tukar jadik rakit buluh.. pendayungnya pelepah kelapa kering..event ini dilaksanakan dari 28 Oktober 2011- 1 November 2011.. tetapi acara sebenar adalah pada 29 okto - 31 okto... jadik pada hari pertama adalah evet berakit..peserta akan membina rakit sendiri menggunakan buloh  dan diberikan 4 biji tayar sebagai pelampung dan pelepah kelapa sebagai pendayung..permulaan adalah pada tempat pelepasan iron man ada tanjakan sebelah jeti kuah dan peserta perlu berkayuh sejauh 700 - 800 meter.. dengar dekat ja.. tapi try laa.. kat2 sejam lebih abah dan rakan menunggu ...hanya 2 orang peserta dibenarkan berakit yang sorang lagi perlu berlari sejauh 2 km ke taman lagenda bagi menunggugu seterusnya berenang bagi menarik rakit ke atas.
hari ke dua, peserta akan berekplorasi gua Landak terletak berhampiran pantai Beringin... ada aktiviti fizikal monkey crawl, flying foxs, pumping ntah macam2 lagilaa.. hari ke 3, adalah larian pendakian ke puncak gnung Raya.. markah dikira aberdasarkan ketibaan semua anggota kumpulan dan paling cepat.. jika ada problem maka, penalti akan dikenakan... ha.. cukuplah.. so tatpilah foto2 kat abawah niii... apapaun abah ucapkan terimakasih kepada:
Saddam, Anis Nabilah, Abang Mr Muscle ( Faizal Bakri), Lau soon Hing ( iban warrior), Alia dan wak.. thanks.. sesungguhnya ini adalah pengalaman bermakna... pada team pengurusan yang penat melatih.. Cik majid, Cik Lotfi, Cik Fezal  dan Cik Nan bendahari terbaik.... terima kasih.. hampa semua pandai buat kerja weiiiii sotong dok panggil bila nak mai pulak... heheheh

Team PSP ketika diperkenalkan kepada VIP

Sempat lagi Lau menjawab soalan wartawan RTM dalam kekalutan tuu

saddam dan alia carik tayar....

abang, wak dan anis.... mungkin anis kata.. bro lu capture muka i sorg je tau... mungkin la kott...

ikat sadddam jangan terlerai dahhh...

saddam dan lau pengayuh berbakat.. menghampiri pantai... pelepah kelapa tu weiii kena ayag laut lunyaiii

angkat naik......

abang terjelir .... mampoih depaniii...

abang mentang2 muscle besag sukma angkat berat,.... angkat rakit rilek jaaa..


tukang tolak rakit punnn.. keringg cam tu tak jalan


persiapan dan doa sebelum larian ke kemuncak

urusetia....????

Lau mendahului larian...

Team PSP bersama jurulatih... Mr majid ....

terima sijil wehhhhh....
thats all... so kalau nak foto mai copy ehhhh bawak thumbdrive yang bersih dari noda dan dosa..... baru boleh copy...

ikhlas.... abahazzzz............

1 Nov 2011

Mesyuarat dan taklimat peserta kursus pembangunan JPP

Assalamualaikum... berikut adalah peserta / urusetia dan fasi bagi kursus pembagunan JPP nanti.
Mesyuarat akan diadakan di JHEP jam 4 p.m ( hadir atau tak hadir ...mesyuarat tetap akan dilaksanakan..)
  1. Zulkifly Hanafiah
  2. Hazwan Wahab
  3. Siti Norhanida
  4. Wan Norfarahuda
  5. Aliah Musak
  6. Aida farhana
  7. Nurizzati Muhayddin
  8. Nor Siana
  9. Norhana hadi
  10. Syafiq Fauzi
  11. Elena eqmar
  12. Intan nadia syakila
  13. Kashturi
  14. Aliza
  15. Farizol
  16. Noorasymawi (PRS)
  17. Bob Roti Canai (MM)
  18. Khalis Sadeli (MM)
  19. Hafidie (RP)
  20. Izzati Azmi
  21. Asyraf (Acap) (MM)
  22. Norzasyakilla (PRS)
  23. Khatijah (PRS)
  24. Aliff hafizie (PRS)
  25. Vengadesh
  26. Norathirah Ahmad ( sem 1) bukan athirah zulkifle (maaf)
  27. Fareez zulkifly (MC)
  28. Norhidayah (MC)
  29. Norafizah (MC)

Agenda : Pembahagian tugas urusetia / taklimat pelaksanaan / dan lain2 berkaitan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Followers

Abah & Mimie...

Daisypath Anniversary tickers