30 Sep 2011

Cetusan rasa: apa yang membanggakan seorang abah.

Sebagai seorang ketua keluarga mahupun seorang pemimpin, pengurus apa sahaja istilahnya asalkan merujuk kepada pemimpin yang memimpin.. pasti ada tanggungjawab dan peranan yang besar dalam memastikan sesuatu matlamat tercapai... sama ada di rumah, di pejabat, di dalam kelas, di dalam persatuan apa sahajalah... begitu juga abah...

Kerenah anak-anaknya pelbagai.. baik anaknya yang dirumah dua beradikniiiiiii.. mahupun yang di kampus sana..pehhh.. seribu satu macam kerenah... lagi la.. yang kecik lagu yang kecik yangbesar lagu yang besar.. apapun.. yang paling menyeronokkan dan membahagiakan seoarang abah adalah apabila melihat anak2nya berjaya.. dalam konteks rohani dan jasmani.... abahnya memang diketahui aktif tak boleh duduk diam .. kegiatan luar banyak terlibat.. begitu juga anaknya.. melihat mereka bermain dan katif diluar waktu kelas / kuliah amat menyeronokkan apatah lagi yang berupaya menyumbang samapai ke peringkat kebangsaan.. along umpamanya menyimpan hasrat sebagai pemain kriket kebangsaan.. abah tak menghalang asalkan akademik diutamakan.. begitu juga.. suatu ketika abah berupaya membangunkan beberapa orang pelajar dari nobody to somebody... mereka yang dahulunya hanya berlegar2 dalam kampus.. bangun buku, tidor buku weekend balik kampung wajah pucat kini tidak lagi... kedua bidang kelihatan seimbang.. walaupun ada yang 'terpaksa sambung' hehehe .. tapi takda lah samapai kritikal ...

Dalam organisasi juga sama... pembangunan dan aspirasi serta hala tuju yang jelas telah membawa paradigma baru dalam aliran pemikiran anak2 ini.. wahhh.. hasilnya.. mereka mampu berbahas dan berinteraksi dengan mahasiswa dari seluruh Asia... wah hebatnya... belom lagiii .. kerana saban tahun orangnya bersilih ganti..jadi usaha ini perlu berterusan dan pastinya memerlukan pengorbanan.. apapun cetusanya... yang paling membanggakan seorang abah adalah........kehebatan anaknya dalam mengimbangi diri dalam apa jua aspek ... ingat tuuuu.... seimbangkan kehidupan anda...

Bersama anak2nya dalam tahun 2007.. wan non masih muda time tuu..heheeh

Kejayaan membawa pulang piala MSP tempat pertama di Dungun Terengganu...

Along bowl against Sri Lankan Team Visit to Penang 2011

Memorable moments with Mcrew.. tribute Mr Faizal Napiah

With Delegation from Mlaysia to Singapore, Osman the YDP in front full frame yo!!!.. infront of MediaCorp Singapore.. Tribute to Allahyarham Haseenullah Al Fatihah

Kyter Clan... be proud of them ready to change after going through the dark agess.. all this while..

1st program.. kyter Clan.. you did it... :-)

danial... following his brother footstep..

Be proud... my tears drop while capturing this photo

gear up... i'm hitting the ball out sir... along...

back in 2007 with DPM 6.. Osman Class.. out to Sarawak..Osman... lu tak mai...

Yogyakarta..... Borobudur Temple...pehhh hensem abah...ganteng mas ganteng...
Chow....

28 Sep 2011

Mount Kinabalu Challenge 2011: Tribute to the Hikers 2

Assalamualaikum.. salam sayang semuanya...  Alhamdulillah, tamat sudah kisah pendakian yang seringkali abah update kan ikut facebook ada saja kisahnya.. teruja benar kita dengan pendakian ini.. wlaupun pendakian ini tidaklah seteruk pendakian gunung Tahan.. tetapi pendakian ini bolehlah dianggap sebagai pendakian sekali seumur hidup... buat abah yang pernah menjejakkan kaik kesan sememangnya hebat kalau sesiapa dapat pergi... tambangnya dan yuran mendaki juga beratus ringgit malahan ribuan jika pergi secara individu tanpa tajaan.... jadi  inilah kisahnya yang dapat abah simpulkan sebagai tibute buat semua..
sekalung tahniah buat yana dan saddam yang saban hari berada bersama abah meneliti persiapan pendakian... Alhamdulillah kalian berjaya akhirnya...dan at least abah dah tunaikan janji abah untuk meghantar kalian ke atas...9janji abah semasa kita dijerai... mata korang putih jaaa. nak pegiiii encikkk..janganlupa encikkk.. saya jawab... InsyaAllah)..

Seramai 3 orang pelajar dan seorang pegawai pengiring telah terpilih bagi mewakili Politeknik seeberang perai ke program Cabaran Kinanbalu 2011. Program yang bertemakan “Eksplorasi Membuka Minda Mahasiswa” dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik dengan kerjasama Jabatan hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu pada 10 – 16 sepetember 2011 melibatkan hampir 120 orang peserta dan urusetia. Objektif utma program ialah melahirkan pelajar yang beretika dan berintegriti melaui aktiviti riadah pelajar, membentuk dan melahirkan mahasiswa yang kental jasmani dan rohaninya dan juga memupuk nilai-nilai murni pelajar. 

 3 orang peserta tersebut ialah Sdri Norliana bt Jaafar Sideq dari kursus DNS semester 3, Sdra Nor Saddam dan Mohd Syuhaizie dari JKM manakala, pegawai pengiring ialah pegawai sukan dan ko kurikulum En. Mohd Lotfi bin Yaakob. Ekspedisi telah dibahagikan kepada 3 kumpulan besar, kumpulan dari PSPbersama dengan kumpulan dari PBU, PTSB, PTSS dan beberapa buah kumpulan lagi merupaka kumpulan pertama yang mendaki.  Peserta telah dibawa ke Kundasang yang merupakan daerah terletakknya gunung kinabalu dan menginap di Mersilau Nature Resort. Pendakian hanya bermula pada 12 Sepetember dengan mengikuti jejak dari Mersilau dan mengambil hamper 5 jam untuk tiba ke Laban Rata iaitu penginapan sementara sebelum memulakan pendakian ke Low’s Peak ( puncak Kinabalu) pada keesokan paginya. Alhamdulillah para pendaki berjaya sampai ke puncak  kinabalu pada jam 6:00 .am dam sempat merakam fenomena terbitnya matahari dari puncak.

Pengalaman yang paling teruja bagi peserta adalah mereka berasakan betapa kerdilnya kita sebagai Hamba Allah dimuka bumi ini dan betapa agungnya ciptaan Ilahi  anatara yang menarik adalah terdengarnya laungan Azan yang berkumandang apabila waktu subuh sedangkan tiada surau yang berdekatan . Selain itu, bebrepa program juga diatur bagi  seketika mendaki kumpulan lain naik dan turun antaranya ialah lawatan ke Bandar Kota Kinabalu dan juga eksplorasi alam di Pulau Manukan. Apapun kisahnya, pihak PSP mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pendaki PSP..

Tulang Besi Urat Dawai...

foto2 berikut adalah sumbangan Yana.. txs yana datang ke bilik abah upload fotoni....


With friends at Mersilau Nature Resort


memorable moments with hikers form europe

Syuhaizi..Low's Gully... jatuh piiiiiii

The Team Tulang Besi Urat Dawai


saddam...

deserted pool... the cold one...




we're going there sir... yup i know that...:-)



some sort of memorial  structure .. in remembrance of the ancestors

last Check point to the top.. refill here..

scenic view from Laban Rata


Its look like in the Lord of the ring movie...:-))




Gunting Lagadan Hut



I love this photo



Abah... theat the meaning of lifes.... go out and play, explore what a wonderful world..

26 Sep 2011

Kyter Clan: the proud of the clan??

Kyter Clan
Assalamualaikum,  sekian lama  dirundung mendung yang tidak berkesudahan.. akhirnya abah menemui jalan penentu.. adakah ini akan menjadi titik perubahan dalam pergerakan pelajar? atau hanya ini akan menjadi noktah kaku yang tidak lagi  boleh diubah2.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan maha pengasih lagi maha penyayang yang telah meletakkan sesuatu pada tempatnya..maka, atas hasil usaha abah dan rakan Sdr. Faizal Hj Napiah telah memperlihatkan perubahan yang nyata.. kematangan anak2 ini terserlah hasil dari beberapa pembaharuan yang menjadi titik tolak anjakan paradigma mahasiswa ini.

Antara liku-liku terawal yang terpaksa ditempohi adalah merubah pemikiran lama yang mencakupi ruang minda pergerakan pelajar.. sifat kebergantungan ibarat penukul dengan pahat nyata sekali.. kepimpinan yang gagal mendefinisi siapa pemimpin  dan siapa yang perlu dipimipin.. maka, hasilnya selepas dari perubahan pengurusan  telah membuka setiap inci pekung yang terselindung.. benar telahan abah selama ini.. anak2 ini sebenarnya tidak mempelajari apa2 pun.... percaturan yang paling mencabar sekali adalah menstruktur kekuatan pergerakan jawatankuasa.. sebelumnya hampir 170 orang yang mana 70% diwakili oleh badan JPP sementar 30% diwakili oleh lain2 badan pergerakan pelajar.. Situasi paling getir sekali adalah ibarat enau dihutan masing2 melepaskan pucuk.. masing wat hal sendiri walaupun penat kepimpinan melaungkan tentang penyatuan dan kerjasama..daripada kekuatan anggota 100% dikurangkan kepada 50%  menerusi tawaran dan pemilihan semula anggota.. hasilnya hanya 40 orang yang layak untuk menyandang semula jawatan termasuk majlis tertinggi.. perkara kedua adalah melihat kepada penyatuan menerusi kelab2 gabungan.. ini dilaksanakan menerusi penilaian semuala aktiviti dan pembahagian tugas yang jelas.. seperkara yang tidak boleh dilupakan adalah menersui penggemblengan tugas secara bersama...apa2 sahaja yang dilakukan adalah secara bersama.. tidak boleh tidak.. hasilnya kerancakan tugasan dan tanggungjawab adalah jelas.

Perkara yang amat abah titik beratkan adalah  menganalisis situasi dan budaya kerja... kemalasan dan faktor takut dipersalahkan adalah faktor utama menyebabkan ahli menjadi takut dan jumud dalam melaksanakan kerja .. ( teori x dan y benar dalam pasukan ini) maka, perubahan perlu dilakukan .. ganjaran?? ya ganjaran memainkan peranan yang penting bukan sebagai imbuhan tetapi ganjaran dalam bentuk kepuasan bekerja .. bagaimana?? kursus dan penerangan serta coaching yang berterusan.. hasilnya menampakkan hasil yang memberangsangkan.. Alhamdulillah...

Apapun.. kisahnya kini yang ada hanyalah sekumpulan pelajar 70 orang yang bergelar JPP yang terdiri dari  JPP sebagai core atau induk, MyCrew, MMedaia, Rakan Perpustakaan, Pembimbing Rakan Siswa dan Rakan Pusat Islam berjaya disatukan.. kemelut yang melanda pergerakan pelajar telah hampir berakhir.. tetapi sebenarnya menuntut pengorbanan yang besar dari abah dan rakan seperjuangan saudara faizal Hj Napiah..

Beruntungnya abah kerana mempunyai anak2 yang mahu belajar dan berubah ditambah pula dengan sokonngan moral yang tinggi dari rakan seperjuangan dan tribute ini khas untuk isteri abah yang tersayang.. mimie dan anak2.. yg membatntu dari belakang... Alhamdulillah...sayang semuanya..

25 Sep 2011

Nilai suatu kemerdekaan... by mimie tie.

Teks ucapan .. sekalung penghargaan buat puan Noor Hayti Ujar atas kontribusi  ini..

Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmatNya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi menyempurnakan majlis Karnival Kemerdekaan ke-54 peringkat Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Dengan tema 1Malaysia, Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Hadirin – hadirat yang dihormati,
Masa berlalu dan detik laungan kemerdekaan telah semakin sunyi. Generasi hari ini tidak merasai pahit getir penjajahan negara. Generasi muda hari ini hidup dalam kehidupan yang serba mewah dan maju berbanding ketika zaman penjajahan. Peluang pekerjaan dan pendidikan terbentang luas. Namun pembangunan fizikal dan material yang pesat dalam negara kadang kala melekakan generasi muda. Justeru, saya bersyukur kerana atas inisiatif daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSP, dibantu oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, akhirnya karnival kemerdekaan ini berjaya diadakan dengan sempurna. Kesempatan serta peluang ini harus kita gunakan sepenuhnya khususnya dalam sama-sama menghayati makna kemerdekaan, sekaligus membolehkan kita menyumbang ke arah memastikan kedaulatan dan kesejahteraan serta keselamatan negara kita terus kukuh dan kuat. Begitupun, ingin saya tegaskan di sini bahawa sumbangan yang paling berharga dalam memastikan kedaulatan dan kesejahteraan negara ini sentiasa terjamin sebenarnya adalah "kesetiaan" kita kepada negara dan bangsa. Nilai kesetiaan ini bukanlah perkara yang boleh dijualbeli mahupun diperdagangkan. Ia merupakan benteng paling teguh terhadap maruah bangsa dan negara kita Malaysia.

Sebagai langkah untuk meneruskan kesinambungan rasa kecintaan terhadap tanahair, pada tahun ini, kita telah disarankan supaya menyambutnya di peringkat politeknik. Tujuannya ialah untuk menerapkan semangat kebangsaan dan patriotik dalam  kalangan pelajar. Oleh itu, sambutan Hari Kemerdekaan di peringkat politeknik ini amat tepat sekali sebagai sumber untuk memperteguhkan semangat kebangsaan dan cintakan tanahair. Semangat sedemikianlah yang menjadi intipati kepada kekuatan negara. Dan semangat ini jualah yang menjadi landasan untuk kita sentiasa kukuh dalam mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara kita.

Kita semua harus yakin terhadap ketinggian nilai kesetiaan kepada tanahair sendiri. Peri pentingnya kesetiaan itu adalah untuk menjamin kesatuan, perpaduan dan kemerdekaan bangsa kita yang berdaulat ini. Inilah salah satu sumber kekuatan bagi rakyat di negara ini mengekalkan keutuhan dan kesepaduan terutamanya di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Tidak akan bermakna kemerdekaan yang kita kecapi ini seandainya masih ada dalam kalangan kita yang tidak sepenuh jiwa dan raga menanamkan rasa setia terhadap negara dan bangsa. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa yang mengkhianati negaranya sendiri akan mudah dijajah, ditakluki serta akhirnya mengalami kehancuran dan kebinasaan.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PSP, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, PSP serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Karnival Kemerdekaan ini. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Karnival Kemerdekaan ke-54, peringkat Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Sekian, wabilla hitaufik walhidaayah warahmatullahi wabarakatuh.

by : mimitie

24 Sep 2011

Through my lense...1957 in 2011..the spirits return.

ts just through my lense... which i caught yesterday afternoon.....  hermmmm ..
The lagendary... beskal tua...otai..
Kyter Clan.... the 'blame should be on himmmm?' hehehehe

traiing for the folks classical dance or just playing around in line with friends...tangachiieee

head left...

Political Sceretary to???? what seems so bored to this little guy....

scary yooo...

Yo.... listen up........

oppsss... quite scary just catch it before it drops.. hehehe

Just write what i said just now....

sarkekkkkk........:-)

No ide?? My crew ... how to spell it wright????

The officer incharge

dead????

new officer.... overtime.. at 2:30 a.m??

Kyter Clan 2011... the unbeatable....

You better do it right.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Followers

Abah & Mimie...

Daisypath Anniversary tickers