19 Aug 2011

Adobe Photoshop Workshop 2011.. The Fundamentals

Assalamulaikum, sebagai salah satu khidmat bakti  buat warga pelajar terutamanya adik2 sem 1.. yang baru nak berkenalan dengan dunia grafik.. maka, anak2 dalam JPP telah merancang untuk melaksanakan kursus asas perbengkelan Photoshop 2011... terbaiknya adalah ia dilaksanakan sepenuhnya dengan menggunakan tenaga kerja pelajar sendiri .. Sdri Elena Eqmar, dengan dibantu oleh tenaga fasilitator yang lain.. antaranya syafiq fauzi, ainol (roti canai), Lukman Khatib, Intan Nadia Syakilla, Ijoi, Izzati, Siana si kereta kokak dan Cik Faizal yang membantu secara sukarela.. terbaiklah.. Bilangan peserta seramai 30 orang sahaja... tak cukup lab... nanti bila dah steady kita akan buat yang lain.. ok...
Bengkel ni dilaksanakan pada 20 September 2011 jam 9:00 a,m sampailah ke petang..... lama tu banyak ilmu... pada paginya sesi asas penggunaan tools petangnya.. haaa pertandingan wat kad raya pulak.... terbaikkkk....



Ainol dan Syafig .. cikgu yang berjaya

Full House...... great

Lukman... " do it right sis... no more pimples..."
"Intan you better do it right.".....may be this is the word came out from the manager...Elena Eqmar


"Just want to sekodeng je brooo... terer dah lu orang...heheh" Acap


14 Aug 2011

Tawaran Penyertaan; Langkawi Extreme Challenge 2011

Assalamualaikum... dimaklumkan bahawa JHEP bahagian pembangunan pelajar telah meneriwa tawaran aktiviti lasak anjuran Kolej Komuniti Langkawai 2011, kepada pelajar - pelajar yang berminat bagi menyertai aktiviti tersebut boleh berhubung dengan saya di JHEP.

Tarikh: 28 / 10 - 1 / Nov 2011
Tempat: Langkawi
Peserta: 2 lelaki dan 1 perempuan ( sihat, kuat dan cergas...)
Perbelanjaan : Perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh KK... (pegawai tarak sendiri claim)
Aktiviti:
  1. Aktiviti laut :  membina rakit / berakit menuju checkpoint.
  2. Aktiviti ketahan fizikal : aktiviti ketahan fizikal (ekstrem) dan cabaran eksplorasi gua.
  3. Aktiviti mendaki gunung : pendakian gunung 17 km
 Syarat penyertaaan : MESTI TOTALLY FIT..... tarak fit jangan ikut...sat gi tak pasai2 dok hospital Langkawi..
Diantara team2 yang bakal bersaing adalah dari Universiti2 Malaysia, Universiti Brunei Darusssalam, Prince Songkhla University Thailand, Politeknik negeri Bandung..dan politeknik2 jemputan lain hanya 25 team sahaja akan bertanding....
abah nasihatkan yang ni memang betol2 fit punya.. banyak skill diperlukan begitu jua dengan stamina.. seminggu punya kerja niii....

13 Aug 2011

Bukit Kepong 1950 .. Berpantang maut sebelum ajal

Assalamualaikum.. hasil dari pembacaan abah karangan Dato' Seri JJ Raj yang digarapkan dalam buku tulisannya ..the Struggle For Malaysian Independence..hari ni abah nak bercerita. sikit.. versi bahasa abahla .. nak membaca teruskann... ia tentang  keperwiraan anggota polis Bukit Kepong... bagi memudahkan kefahaman korang.. semasa pendudukan jepun di tanah melayu 1942..masyarakat cina jadi sasaran pembunuhan...oleh itu masyarakat cina terpaksa melarikan diri ke hutan dan pendalaman malaya dan tinggal sebagai setinggan.. keadaan ini telah menyebab komunis mengambil peluang untuk mereka merekrut sebagai anggota Min Yuen. PKM diantara tahun2 1945 - 1948 sangat aktif dalam pergerakan provokasi dalam kesatuan buruh antara aktivinya ialah mogok. Dan dianggarkan 360 usaha mogok telah dilaksanakan dalam tahun 1947 bagi melumpuhkan ekonomi Malaya. hal ini telah memaksa kerajaan British mengambil tindakan agresif dengan mengharamkan pergerakan PKM dan melancarkan serangan balas.1948 PKM melancarkan keganasan dengan mencetuskan kekacauan, pembunuhan, membakar ladang2 getah, menyerang lombong2 bijih timah.
Berbalik kepada cerita Bukit Kepong, Muar Johor. Ia di terajui oleh seorang seorang Sarjan dan 16 anggota dalam tahun 1949. bali bukit Kepong terletak dibawah pengawasan Ibupejabat Polis Daerah Pagoh jalan utam penghubung  ialah dari balai polis Lenga yang terletak di tebing sungai Muar melaui jalan air yang mengambil masa 2jam setengah. PKM menyedari hakikat keselamatan yang lemah ini telah mengambil peluang bagi merancang untuk menyerang balai tersebut pada 23 Februari 1950 jam 4:30a.m. pelaksanaan gerakan ini akan dilaksanakan oleh 180 org anggota PKM. tujuan utama  serang ini ialah untuk mewujudkan 'zon bebas' (mengikut kefaman komunis).  


Balai Bukit Kepong pada masa tersebut diketuai oleh Sarjan  3494 Jamil Mohd Shah yang dibawahnya  terdapat 13 anggota polis berpangkat Konstabel, 3 anggota polis marin dan 3 anggota bantuan. terdapat juga 10 anggota Jungle Squad yang bertindak sebagai bantuan tetapi mereka berada di Pagoh.  dalam bulan februari 1950, masyarakat Cina menyambut tahun baru Cina dan kebiasaanya menereka akan menerima kunjungan saudara mara mereka maka, komunis mengambil kesempatan atas situasi ini dengan menghantar risikan untuk mengetahui kekuatan polis bukit kepong.  Pada 23 februari 1950, komunis melancarkan serangan..namun, perluu diketahui bahawa serangan mengejut mereka sebenarnya gagal kerana ia disedari oleh pengawal polis yang melihat gerakan yang mencurigakan dan apabila dicabar  tidak berjawab maka, ia telah memaksa anggota polis melepaskan tembakan. anggota marin yang bertugas telah ditembak hingga cedera parah.. walaupun kekuatan anggota komunis 7 kali ganda lebih kuat dari anggota polis namun, mereka tidak dapat menawan dalam masa yang singkat ini meresahkan komunis.
anggota keselamatan dalam rondaan membenteras komunis


anggota keselamatan dalam rondaan


iklan bagi maklumat tentang komunis dan ganjarannya
serangan bertubi2 akhirnya menyebabkan bilangan anggota polis yang cedera dan terbunuh akhirnya meningkat tetapi pepatah melayu mengatakan berpantang maut sebelum ajal memperllihatkan walaupun tumbangnya seorang anggota polis tempatnya diambil oleh isteri mereka.. Pada jam 6:30 a.m komunis mengehntikan serangan Mat Indera (seorang anggota komunis berbangsa melayu) menyeru agar anggota polis menyerah diri... namun balasan dari Sarjan Jamil  ringkas dan padat..."Polis tidak akan menyerah..kami akan lawan sampai mati.Biar putih tulang jangan putih mata".. ini seterusnya mengecewakan komunis..dan tembakan terus menerus selama tiga jam lagi..komunis akhirnya menukar taktik dengan melontar molotov cocktai a.k.a bom api botol dan menyebabkan kebakaran balai. serangan yang terjadi dibalai Bukit Kepong akhirnya sampai ke pengetahuan Penghulu Ali  dan beliau telah mengumpulkan kira-kira 60 orang anngota keselamatan kampung dan bergerak menuju ke balai.. namun terhenti kerana mereka telah diserang oleh komunis dipertengahan jalan. sementara itu, penghulu Kg Durian chondong juga telah mengerakkan angota kesana  disamping telah menghantar utusan ke balia polis lengan bagi memaklumkan kejadian dan mendapatkan bantuan. bantuan akhirnya samapai ketika jam 7:00 pagi namun segala telah terlewat...


Apapun kisahnya tentang Bukit Kepong.. yang openting kepahlawanan anggota polis begitu dikagumi.. berpantang maut sebelum ajal.. mengingkatkan kita betapa deritanya anggota keselamatan dahulu dalam memastikan nikmat kebebasan rakyat dipelihara dan tidak digugat...

(senarai ini diperolehi dari blog khai79.blogspot.com)
List of killed in action (KIA)

Policeman
Sergeant 3493 Jamil Mohd Shah (Bukit Kepong police chief)
Corporal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab
Lance Corporal 7168 Jidin Omar
Police Constable (PC) 3933 Hamzah Ahmad
PC 5674 Abu Mohd Ali
PC 7493 Muhamad Jaafar
PC 7862 Abu Kadir Jusoh
PC 8600 Jaafar Hassan
PC 9136 Hassan Osman
Extra Police Constable (EPC) 3475 Mohd Top Lazim
EPC 3795 Jaafar Arshad
Marine Constable (MPC) 60 Ibrahim Adam
MPC 68 Awang Ali
MPC 181 Basiron Adam

Non-combatants (Auxiliary Police (AP)
Ins. Kudarina Naknok
AP 2130 Samad Yatim
AP Mahmood Saat
AP 1925 Ali Akop
AP 2127 Othman Yahya

Police family members
Fatimah Yaaba - wife of Marine Constable Abu Bakar Daud
Hassan Abu Bakar - son of Marine Constable Abu Bakar Daud
Saadiah - wife of Constable Abu Mohd Ali
Simah Abu - daughter of Constable Abu Mohd Ali

Auxiliary Police (AP) were killed in action (KIA) outside police station
AP Redzuan Alias
Embong Lazim
Koh Ah Cheng

List of survivors

Policeman
PC 10533 Othman Yusoff
MPC 37 Abu Bakar Daud
EPC 3472 Ahmad Khalid
PC 7645 Haji Yusoff Rono (died on 14 April 2005)
Note: All officers are deceased

Police family members
Mariam Ibrahim - widow of Constable Muhamad Jaafar
Zainun Muhamad - daughter of Constable Muhamad Jaafar
Abu Samah Muhammad - son of Constable Muhamad Jaafar
Zaleha - daughter of Constable Muhamad Jaafar
Jamilah - daughter of Marine Constable Abu Bakar Daud
Hussain - son of Marine Constable Abu Bakar Daud
Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - widow of Constable Hassan Osman
Pon Khalid - widow of Marine Constable Awang Ali
Fatimah Tuani - widow of Constable Hamzah Ahmad
Edmund Ross Williams Hunt - orang asli who worked as a sherpa at Bukit Kepong


anda mungkin juga berminat dengan kisah-kisah perjuangan ke arah kemerdekaan dan bahan bacaan sejarah  antara bacaan yang abah cadangkan ialah:
  1. The struggle For Malaysian Independence by JJ Raj MPH
  2. A history of Malaysia by Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya.
  3. alias Chin Peng my Side of History
  4. Memoir Abdullah CD

11 Aug 2011

Angry Birds dan kegilaaannya..

Angry birds... burung petot tanpa sayap dan kepak .. ada bulat ada macam tiga segii.... paling best bila launch dari lastik ... weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee dia terbang kelepukkk kena kat mana jelah tiang kayu ka, kotak ke tiang konkrit ka... apapun bestttttt ... tahukah anda ? macamna game ni dibangunkan...
Haaa... ceritanya lebih kurang beginalah mula game ni dibangunkan oleh firma Finland ROXIO MOBILE mula2 dimuatkan utk apple iOS tahun 2009....sejak dari tu ia dah dimuat turn hampir 12 juta oleh peminatnya...dan melihat perkembangan ini telah memaksa Roxio menilai dan menaiktaraf bagi menepetai os yang lain... symbians dan  androids..

Game yang hanya memaparkan burung yang tensen telor kene balaih dek babi hijau  ni cukup menarik.. caranya senang dia akan lompat dok atas lastik dan kita just pull and release... weeeeeeeee kelepokk jatuh atas kandang babi hijau.. hehehe.. kalau tepat babi tu akan meletop dapat point..tu jaa.. burung ni cantik ada hijau ada merah biru muda.. kuning heheh satu je kesamaan tarak sayap maaa...

Setiap burung ni ada kelebihan ada powerla.. contohnya.. merah paling tough.. kira otai laa.. launch dia utk memecah blok konkrit.. biru muda akan boleh pecah jadi 3 ekor lagii..yang hitam jadik bom kebabooooommmm.. yang kuning boleh putar mcm ufo pancung terusss... so kena pandai la guna skill burung-burung ni... apapun game ni memang menghiburkan.. sampai nak tidorpun main lagiii.. touch screen laaa sekarang tenko tak yah usung laptop atas kati.. hset je...heheheh

so.... apa tunggu lagi.. tensen2  study rilek kejap .. men la angry birds ... sampai kat rumah ni pun... anak2nya gila main angry bird.. beli hadiah hari bapa pun adik belikan angry birds soh letak atas meja kat ofis...semalam gi jalan2 baju 2 helai .. "bahhhh baju angry birds bahhhh" ... heehehh faham dahhhh..sambil tersenyum 2 helai....dok dalam shopping bag... anak2 abah jugak...:-D
abahnya?????? angry dad....hehehehe.

10 Aug 2011

Kesihatan ketika berpuasa..

Assalamualaikum... salam sayang buat semua.. nah.. ketika puasa telah melangkau ke hari yang  9-10 ni...maka, makin pelbagai ragam dapat dilihat.. ada yang kelempin ( istilah orang utara utk mengambarkan fizikal yang kurus perut mendap ke dalam), melengkung, ada yang cam biasa tak da apapun.. ada yang dah susut.. apa pun tu semuanya dari segi fizikal... tapi secara dalamannya ada juga yang menghadapi masalah... contohnya.. siang tadi abah didatangi tetamu.. sambil2 konsult bebrerapa perkara.. at the end sembangla  bab puasa.. ha.. terkeluarlah cerita sembelit dan buang air besar keluar darah sikit... maknanya.. apa?? kurang air dalam badan... tulahh.. tambahan bulan puasa ni lagi nak memburukkan keadaan suhu sebelah utara ni adakalany mencecah 32 darjah c. panas terik pukul 10:30 - 5:30 petang tu.. masyaAllah.. panas.. camana nak tahu kita kekurangan air dalam badan..antaranya:

1. Bila kencing - urin warna oren dan keluar dalam jumlah sikit.
2. Rasa nak kencing tapi pegi bilik air.. kosong.. stok takdak...
3. Kulit seakan berdebu.. macam pecah2 menampak kekeringan
4. letih dan mengantuk..
5. sembelit .. najis keras..
6. lidah ada seakan bintik2 putih (bukan ulser tau)


so camana nak atasinya... haaa.. airlah.. minum air.. tak laratlah cik nak taram air ja.. buka puasa kang taram air.. dah tu kembung air... isskk takda samapai camtu.. tu ha kuah me ke kuah apa ke, tu pun air, minuman of courselah air..buah haaa buah punbanyak air.. abah nak bercerita tentang buahan yang paling sesuai untuk berbuka bagi menggantikan air dalam badan...


Tembikai a.k.a Watermelon


Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.


Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain
* Sumber:
Danial Zainal Abidin (2009). Quran Saintifik: Meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong Sains. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.
.

Betik
Betik kaya dengan vitamin A (kulit) dan C (isi), juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Antaranya:


1) Buah.
Selain mengandungi kalium dan magnesium yang sangat tinggi, buah ini juga kaya dengan karotena, vitamin C, dan flavonoid, sehingga dapat berfungsi memecahkan serat makanan sisa, sehingga mudah kita untuk membuang air besar. Jika dimakan segar secara rutin, buah betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan mengurangkan panas tubuh ketika deman.


2) Daun
Bagi yang suka, daun betik sangat enak dibuat sayur dan ulam. Memang rasanya agak pahit tetapi tengok saja manfaatnya yang luar biasa, seperti mengubati malaria, sakit perut dan kurang nafsu makan. Caranya: Ambil daun betik segar sebanyak 1-2 tapak tangan, garam sedikit, dan air suam 1/2 cawan. Campuran ini dipipis atau dikisar, lalu diperah dan diambil airnya. Diminum sehari satu sehingga tiga hari berturut-turut. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.


3) Biji
Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut. Caranya: Jemur biji betik hingga kering, lalu tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam sebelum makan malam.


4) Getah dan akar
Dapat mengubati sakit saluran kencing, masalah cacingan, bahkan digigit ular berbisa. Untuk ubat cacing,gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram, bawang putih 1 gram, dan 100 ml air. Semua bahan dipotong-potong, kemudian didihkan dengan air selama 15 minit, baru disaring. Bila perlu, tambahkan air matang sehingga diperoleh hasil saringan 75 ml. Bahagikan kepada tiga bahagian (25 ml) sekali minum.

Iklan Kekosongan jawatan AJK Kecil Karnival Kemerdekaan 2011


Assalamualaikum, semua ... dimaklumkan bahawa setelah menilai dan inginkan impak yang maksima sebagaimana yang telah dirancangkan dan juga untuk menggelakkan dari berlakunya masalah ke'pasifan' urusetia. Maka, diputuskan hanya 2 Kelab sahaja ahlinya akan secara otomatik sebagai urusetia karnival..iaitu:

1. Maintainance Crew : 15 Ahli
2. Mmedia Crew : 7 Ahli.

Kelab- kelab lain termasuk JPP perlu memohon bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai ajk kecil.. tiada kuota dihadkan bagi setiap kelab.. namun perlu diingat hanya 30 Jawatan ajk kecil sahaja tersedia untuk direbut oleh yang aktif.. maklumat lain adalah:

1. Setiap pengerusi kelab  (seorang sahaja ) adalah layak sebagai AJK INDUK KARNIVAL.
2. JPP ( MT dan XCO sahaja) yang layak secara otomatik sebagai J/KUASA INDUK.
3.JPKK  Pengerusi sahaja yang layak ke AJK INDUK.

Yang lain2 TANPA mengambil kira latarbelakang persatuan atau kelab.. adalah digalakkan memohon jika berminat..jawatan ini juga dibuka kepada pelajar luar.. oleh itu terpulang kepada anda.
  • Borang permohonan boleh dimuatturun dari blog ini atau ke HEP (kaunter bagi mendapatkan borang)
  • Tarikh tutup permohonan adalah 16 OGOS 2011.

PERHATIAN..
untuk makluman semua.. semua pertandingan ini adalah dibuka kepada pelajar2 biasa, atau  yang bukan ahli mana2 kelab gabungan JPP atau ahli JPP sahaja termasuklah masyarakat sekeliling. Oleh itu tempat adalah TERHAD SANGAT ( 1 day event ..)
Namun,
Atas keprihatinan J/Kuasa maka, diputuskan AJK  INDUK  dan AJK Kecil Karnival adalah DIBENARKAN untuk menyertai mana2 pertandingan atau permainan.
Sebaliknya, Jika ahli2  kelab gabungan JPP dan bukan  dari kalangan AJK Induk atau Kecil, maka individu ini tidak dibenarkan untuk menyertai sebarang permainan..

8 Aug 2011

pengambilan AJK JPP sesi akademik 2012

SEMUA!!!
KAMI MENCARI BAKAT-BAKAT PEWARIS KEPIMPINAN  PELAJAR JPP BAGI SESI AKADEMIK 2012.
Kelayakkan??  Berminat  dan komited
Keistimewaan: Peluang berorganisasi sepenuhnya,  penglibatan program peringkat kebangsaan, jaringan persahabatan seantero politeknik, perkhemahan perdana, aktiviti lasak, macam2lahhhhh
BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI:
1. PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR (HEP)
2. BILIK INFORMASI PELAJAR (TINGKAT ATAS PEJABAT ASRAMA)
3. BILIK AJK JPP (BLOK B3-02-08 DAN B2-02-08)
4. ATAU MANA2 AJK.
TARIKH TUTUP:
24 OGOS 2011

Pesanan untuk Mahasiswa ( adaptasi dari ruangan kolumnis : Marcapada mstar Online)

Pesanan Untuk Mahasiswa

PADA ketika artikel ini ditulis, penulis sedang sibuk melayan pelbagai pertanyaan khususnya tentang kemasukan ke universiti dan institusi pengajian tinggi dari pelbagai pihak.
Enkuiri yang datang bukan sahaja daripada rakan-rakan, malah pihak awam dan juga saudara-mara yang turut bertanya pendapat tentang pelbagai isu pengajian tinggi, khususnya kursus apa yang baik dan mempunyai potensi pekerjaan pada masa hadapan, institusi mana yang baik untuk anak atau waris mereka melanjutkan pelajaran dan juga peluang-peluang pembiayaan yang ada bagi para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang baru sahaja selesai beberapa bulan yang lepas.

PENGALAMAN SENDIRI
Memandangkan mungkin penulis mempunyai sedikit pengalaman bertugas dalam sektor pengajian tinggi dan juga pernah mengalami sendiri proses pemilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ini, maka mungkin atas dasar inilah penulis sering disoal dan diminta bagi memberikan pandangan dan pendapat kepada anak-anak rakan, saudara dan teman-teman yang masih lagi tertanya – tanya tentang apakah yang mereka inginkan sebagai bidang pengkhususan dan karier mereka pada masa hadapan.
Jadi dalam artikel ini, penulis berhasrat memberikan pendapat yang sedikit berbeza tentang pemahaman dan konsep pengajian tinggi yang selalunya menjadi persepsi umum.
Pada pendapat penulis, secara umumnya anak-anak yang telah tamat SPM mahupun STPM pada ketika ini amat kurang pendedahan tentang prospek karier mahupun bidang pembelajaran yang pada ketika ini ditawarkan secara meluas di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta di negara kita.
Melalui perbincangan penulis dengan ibu-bapa dan juga para pelajar pelbagai lapisan, penulis dapati kebanyakan pelajar belum pun mempunyai pilihan tetap akan bidang dan kerjaya yang mereka inginkan, malah ada di antara para pelajar yang penulis temui tidak pun tahu dan faham akan bidang yang mereka rasa mereka minati.

MEMILIH KURSUS
Ada sesetengah pelajar pula memilih kursus yang mereka rasakan sesuai dengan keputusan peperiksaan mereka. Misalnya seorang pelajar yang cemerlang dalam subjek Fizik mungkin akan memilih opsyen untuk kursus Kimia ataupun Kejuruteraan Mekanikal, kerana pada pandangannya, mempunyai kompetensi yang baik dalam bidang yang ingin diceburi itu, walaupun kadangkala bidang yang dipilih tidak semestinya bidang yang diminatinya.
Ada juga yang memilih kursus pengajian berdasarkan kepada saranan ibu-bapa dan juga pengaruh keluarga. Misalnya, terdapat ramai keluarga yang inginkan anak mereka mengikuti jurusan perubatan dan ramai di antara pelajar yang cemerlang keputusannnya memilih untuk mengikuti jurusan ini, kerana ia dianggap berprestij dan dianggap satu pekerjaan yang mulia di sisi masyarakat. Tetapi lebih dari itu ia dianggap sebagai kerjaya yang bakal memberikan pulangan yang lumayan dari segi ganjaran dan pendapatan.

HAKIKAT
Hakikatnya, pada pendapat penulis, sebagai pelajar yang masih “fresh” selepas mengikuti saluran pengajian peringkat menengah, para pelajar mempunyai kebolehan untuk mengikuti apa sahaja bidang pengajian, asalkan mempunyai kompetensi dan kelulusan yang diinginkan oleh institusi pengajian tinggi dan juga yang paling penting; mempunyai minat yang mendalam dalam bidang yang ingin mereka ceburi.
Secara dasarnya, untuk memilih kursus pengajian dan kerjaya, penulis lebih suka melihat para pelajar memilih kursus dan bidang pengajian yang mereka minati dan menggunakan kriteria ini sebagai kayu pengukur utama kearah pemilihan kursus pengajian dan juga karier mereka pada masa hadapan. Tentunya faktor lain seperti kebolehpasaran kursus dan juga pasaran kerja selepas bergraduat perlu diambil kira, namun perkara-perkara ini amatlah subjektif. Penulis menyatakan hujah ini berdasarkan kepada pengalaman dan juga pemerhatian penulis sendiri.

PROSPEK KARIER
Ibu-bapa dan masyarakat secara amnya lebih memikirkan tentang prospek karier, jumlah gaji yang bakal diperolehi dan juga peluang kerjaya yang baik apabila menasihati anak-anak dalam bidang kursus dan kerjaya yang bakal mereka pilih. Dan tentang kursus pula, tentunya kerjaya dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi dianggap lebih “baik” dan eksklusif dari bidang-bidang lain, kerana ia menawarkan pulangan yang lumayan dan juga peluang kerja yang baik.
Akan tetapi, pemilihan kerjaya dalam apa bidang sekalipun perlulah disertakan dengan minat dan keinginan untuk belajar bagi para pelajar yang mengikutinya. Jika mencapai keputusan yang amat baik dalam peperiksaan sekalipun, sekiranya pelajar tidak berminat akan bidang yang dipilih, maka kebarangkalian untuk pelajar itu gagal ataupun tidak mencapai keputusan yang baik adalah lebih tinggi. Dan sekiranya pada peringkat awalnya seseorang pelajar itu lebih berminat atau cenderung terhadap sesuatu bidang, maka tentu sekali dia akan lebih fokus dan akan lebih cemerlang dalam bidang yang ingin dia ikuti.
Soal kurangnya pendedahan dalam hal memilih kursus pengajian tinggi dan kerjaya pilihan bukanlah perkara yang baru. Penulis masih ingat lagi, 15 tahun yang lalu ketika penulis sendiri mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan kimia, secara jujurnya penulis menerima tawaran itu tanpa pun terlebih dahulu mengetahui skop, bidang pengajian mahupun prospek kerjaya dalam bidang tersebut.
Apa yang penulis harapkan pada ketika itu cumalah keputusan SPM penulis sendiri yang agak baik dalam subjek-subjek Sains Tulen (ketika itu), terutamanya subjek Kimia yang menjadi subjek kegemaran penulis sebagai panduan dalam memilih pengkhususan dan kerjaya.
Tidak pernah pun terlintas di dalam benak ini untuk menyoal diri sendiri tentang apa sebenarnya bidang yang diminati oleh penulis ketika itu. Penulis hanyalah mengetahui skop sebenar bidang kerjaya ini kira-kira tujuh tahun selepas itu, takkala menamatkan pengajian PhD dan mula bertugas di sebuah firma minyak dan gas antarabangsa, dan jelaslah sekali apa yang dibayangkan oleh penulis sebagai kerjaya menjadi seorang saintis pada ketika itu tidaklah sama seperti realiti yang ditempuhi, mahupun memenuhi kehendak dan minat sebenar penulis.
Walaupun pekerjaan tersebut amat baik dan menawarkan prospek yang lumayan, lama-kelamaan rutin pekerjaan ini mendatangkan kebosanan dan juga tidak mencapai tahap kepuasan kerja yang diinginkan oleh penulis.

PESANAN
Berdasarkan kepada pengalaman dan apa yang pernah penulis lalui, maka inginlah penulis berpesan serba sedikit kepada para pelajar yang baru sahaja atau bakal melangkah kaki ke alam pengajian tinggi ini. Pesanan penulis kepada semua pembaca yang bakal dan akan memilih pengkhususan pengajian tinggi dan bidang kerjaya masing-masing adalah amat mudah. Ada beberapa perkara yang perlu ditekankan di sini sebagai panduan. Pertamanya, pilihlah bidang kursus dan kerjaya yang anda minati dan usahlah terlampau risaukan sangat akan trend pekerjaan semasa, kerana percayalah bahawa sekiranya anda yang terbaik dalam bidang yang anda ceburi, maka peluang kerjaya itu akan datang dengan sendirinya.
Kedua, sekiranya para pelajar sudahpun membuat pilihan, maka berikanlah sepenuh penumpuan kepada bidang pengajian yang ingin diceburi itu dan berusahalah untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang kita ingin ceburi. Ingatlah bahawa pengajian di peringkat pengajian tinggi merupakan langkah pertama ke arah kerjaya yang anda ingini dan sememangnya menjadi kewajipan untuk menguasai ilmu yang baik disamping mempertingkatkan keyakinan diri, keterampilan dan juga sifat-sifat kepimpinan melalui pengalaman sebagai pelajar dan siswa di institusi pengajian tinggi.
Apapun, saya ucapkan selamat menempuh alam universiti dan pengajian tinggi kepada semua yang berjaya mendapat tempat pengajian tidak kiralah sama ada di peringkat diploma (Jun/Julai) atau ijazah (September nanti) dan berharap agar ia mendatangkan manfaat dan menjadi pengalaman yang berguna kepada anda.

Karnival Kemerdekaan 2011

Assalamualaikum... buat semua..abih dah majlis makan2 iftar baru ni..Alhamdulillah selamatdah segala ikan.. bahkannya kambingnya pun dah tinggal fosil ja dalam tanah.. Ok lah dipendekkan ceritanya... buat sekalian kalinya.. maka, besarlah pengharapan yang diberikan bahu kita bagi melaksanakan program sambutan kemerdekaan ke 54 ... haaaa.. menarik bukan.. maka amanahnya jatuhlah kepada JPP dan Kelab Gabungannya.. sesuatu yang ditunggu bila lagi...nak tunjuk bakat dalam kendalikan program..atara yang abah dapat garapkan adalah seperti dibawah:

Tarikh cadangannya: 23 dan 24 hb Sepetember 2011 ( apasal lama benor nak sambutnya? awal tak leh ke? ..banyak laa. ni pertembongan program sapa nak handle)
Tempat: Padanmg utama
Apa yang menariknya?? haaa. kali ni diubahsuai bagi menarik minat orang ramai.. antaranya perarakan kontinjen beragam..persembahan brass band.. Cyclethon (penubuhan kelab bicycle PSP), Marahthon merdeka, pertandingan memasak Chef @ Campus,  Lan Wars Counstrikes..Home Run Derby..virtual  football Championship ( PS 2)..dan banyak lagi termasuklah tayangan dan sesi kembara merdeka..

menarik bukan, so...abah mengharapkan pelaksanaan ini dapat dilakukan dengan bakat2 yang terpendam oleh ahli kelab gabungan sekalian.. so briefing bagi projek ni akan diadakan pada hari selasa 9 / 8 /2011 jam 4:30 p.m.. InsyaAllah...

4 Aug 2011

More M'sians buying into online purchases



GROWING TREND: Group-buying sites are encouraging more Malaysians to shop online. - AFP/Relaxnews 2011
KUALA LUMPUR: Group-buying sites are encouraging more Malaysians to shop online.
Airline tickets make up 33% of the purchases on these deal-aggregator sites, followed by clothing and cellphones.
Most Malaysians with an Internet connection, however, still prefer to patronise brick-and-mortar outlets, where they can view and compare products.
Still, it is obvious that e-Commerce is picking up in the country, said Yahoo! Malaysia country ambassador Jon Tjin Kee.
He is happy to note that the group-buying trend is popular at the 35 sites offering online deals here.
Yahoo! Malaysia, a subsidiary of the US-based Internet company known for its web portal and search engine, had conducted a study recently that noted the group-buying trend.
Called the Yahoo! - Synovate Net Index 2011 Survey, it was conducted with market research firm Synovate Malaysia.
Ben Llwellyn, managing director of Synovate Malaysia, saw a growing interest among Malaysians in group-buying sites. "Forty per cent of survey respondents told us they are highly interested in these sites," he said.
He said increased support from Internet service providers and banks would help more Malaysians get into e-Commerce.
"Still, Malaysians are getting more comfortable with paying [for goods and services] online.
"Our survey found that 40% of those who had bought goods online, paid with their credit card," Llwellyn said.
Also, he said, the Malaysians who preferred not to shop online reported that this was because they were concerned about receiving counterfeit products from online stores.
The study, conducted from January to March, surveyed 2,635 people aged 15 years and older, in Peninsular Malaysia. Those in rural areas were excluded.

TechCentral - An affordable Android phone

TechCentral - An affordable Android phone

8TV apology fails to quell public anger

8TV apology fails to quell public anger

2 Aug 2011

Majlis Berbuka Puasa AJK MSK Kariah Al Istiqlal PSP

Walimatul urusss.....Assalamualaikum... adalah dengan ini  saya menjemput saudara / saudari dari Ahli Jawatankuasa Minggu Suaikenal  Julai 2011 ( Ahli Kelab gabungan JPP).. ke majlis berbuka puasa yang  InsyaAllah akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 6 Ogos 2011
Tempat: Dataran Al Istiqlal
Masa: 7:00 malam

Aturcara : 6:45 : ketibaan VIP dan Ahli Majlis MSK
                7:00 : Bacaan yassin dan Tahlil
                7:45 : Solat Magrib Berjemaah
                9:00 : Solat Isyak dan terawih
                10:30: bersurai
sekadar hiasan.... keli bakar (mungkin ada yang tak penah tengok heheheh)

tilapia bakar... terbaik dari kolam..
Antara menu yang diminta ramai.. saya pun pening ngan permintaan ni.. ikan keli dan tilapia bakar ... adoihh maklulah bulan posa..

Sehubungan dengan itu adalah diharapkan saudara / saudari dapat menghadirkan diri ke majlis ini semoga ukhwah bertaut ke akhir hayat.... InsyaAllah..

Kursus Pengurusan Organisasi 2011

sekitar sesi perbincangan LDK Kem kepimpina Asas JPP di Pangkor Januari 2011


Sesi LDK  Kursus Kepimpinan Asas JPP  ( dalam foto Asymawi Pengerusi PRS PSP)
 Assalamaulaikum warahmatullahiwabarakatuh.. selawat ke atas junjungan besar Nabi muhammad SAW.. semoga kita semua dibayangi oleh syafaatnya dan memperolehi keberkatan puasa Ramadhan kurniaan Allah Yang Maha Esa.  hampir 2 bulan berlalu sejak peralihan kepimpinan pergerakkan pelajar bertukar tangan.. dan abah telah melihat dan menilai.. abah dapati beberapa perkara yang perlu diperbaiki.. antaranya ialah sistem pengurusan organisasi.. kenapa? adakah ia terlalu caca merba? pada abah ya... kenapa? kerana perkara ini tidak pernah dititik beratkan ... pada abah dalam apa jua aktiviti anda mesti mempunyai ilmu asanya.. kalau tidak anda akan berterabur.. salah atur dan tadbir urus yang tidak cekap.. nah.. tanpa berleter.. abah nak buat kursus khas.. free of charge.. just come and listen...

Tarikh :  6 Ogos 2011
Masa : 9:00 a.m - 11:30 a.m
Tempat : DKU ( to be announce..just follow fb atau blogni)
Siapa yang patut hadir? (persoalan yang baik) :
1. Semua pemimpin JPP, MT, Exco dan anak buah..
2. Pemimpin2 Kelab / Persatuan ? Pertubuhan
3. Anak2 buah (ahli kelab yang bakal mengurus  kelab /persatuan pada masa depan nanti)
Status kehadiran: bagi ahli JPP adalah PERLU DAN AMATLAH DIGALAKKAN kerana mereka adalah future leaders. bagi yang lain2 adalah digalakkan ( SUNAT) la kiranya.. so terpulanglah..
4. Open buat semua pelajar lain yang ingin belajar dan memahami tentang ilmu pengurusan..


Sesi Presentasi yang banyak membuka ruang bagi JPP merungkai kembali kekusutan dalam organisasi yang lepas

Perbahasan mungkin? atau sekadar pertemuan antara pemimpin dan rakyat yang tak berkesudahan ceritanya?


Kepimpinan JPP PSP 2011.. aspirasi kepimpinan terunggul.. mampukah mengembalikan kegemilangan??
 jadi pada abah rebutlah peluangni... mungkin anda tidaka akan mendapat peluang kedua lagi..lagipun matlamat abah adalah nak memastikan sesuatu perubahan akan berlaku.. walaupun kehadirannya pada hari tersebut mungkin sorang mungkin dua tetapi abah akan teruskan jugak kerana legasi tradisi keilmuan ini adalah penting dalam memastikan kesinambungan kecemerlagan pengurusan organisasi..

Ikhlas tapi jauh... abah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Followers

Abah & Mimie...

Daisypath Anniversary tickers