26 Jul 2011

Teman Ku Sayang Kamu...




tribute buat semua.... just showing some of the pics.......regards abah..

Pesan

Pada ketika abah sedang membelek buku bacaan diruang bacaan petang tadi terlintas abah untuk membelek buku Sejarah melayu yang diusahakan oleh W.G Shellebear.. helaian demi helaian abah selak... naum mata abah terhenti pada helaian belakang apabila terbaca sebuah puisi lama.. bait - bait ayatnya membawa makna yang tersendiri memaksa otak untuk mentafsir..abah terus sahaja ke ruang tamu..bertanyakan mimie (isteri abah) siapa karang puisi ni?? katanya sambil tersenyum.. tie punyalah alah masa dulu..masuk pertandingan.. hehe.. abah kata nak masukkan dalam blog.. mungkin anak2 abah dapat mengerti sesuatu dari pesanan ini... dan inilah puisinya

 Pesan.
Pada camar.. pulanglah
Damaikan hati  dan perasaan
Dari resah dan tangisan
Pada Ombak...pulanglah,
Sejukkan jiwa yang membara
dari hidup yang merana
Pada laut..katakan
pada diri yang wajar
tentang nilai kasih sayang
supaya hati akan pasrah pada takdir
Pada camar, ombak dan laut,
hampirlah pada pantai
Simpati pada gadis yang sentiasa menanti
Pesanan  buat ombak, laut dan pantai
biapun mengganas..
pantai tetap setia  menantimu
Dengan camar riang melihat kehidupan..
Dan disitu, tetap ada
hati seorang gadis menanti sayu dengan sendu..
akan penantian tidak bernoktah...
                                                 Yatie... (mimie tie)

21 Jul 2011

Mesyuarat JPP : Agenda

Assalamualaikum, berikut adalah agenda mesyuarat yang akan kita perbincangkan pada selasa minggu depan jam 5 p.m di JHEP.
 Kehadiran : MT dan Exco sahaja.
Agenda:
  1. Struktur JPP keseluruhan .. mohon YDP present struktur untuk kefahaman semua. saya juga syorkan dengan kemahiran yang ada buat dalam bentuk carta yang menarik saya nak pamirkan (jangan hentam atas syafiq fauzi yaa... dia saya perlukan utk benda lain, carik la ahli lain)
  2. Jumlah keanggotaan JPP yang terkini. dan pembahagian  mengikut biro ( YDP present)
  3. Program dan aktiviti ( 10 minit setiap exco)
  4. Senarai kehadiran ahli (semua)  (buat dalam xcel pun boleh ala2 format kehadiran kelas)
  5. Hal - hal berbangkit.
catatan:
  1. Tolong pastikan presentation dalam bentuk powerpoint yang mudah difahami..
  2. S/U bertindak mengambil minit mesyuarat. (dalam 24 jam minit mesyuarat dah siap print keluar.. dan dihebahkan kepada ahli oleh itu, s/u bawa laptop sekali.
abah mintak maaf tak sempat nak buat meting mlmni... esok dah nak ke p. aman..so nak kene uruskan 2-3 benda urusan keluarga.. ok..

20 Jul 2011

Mount Kinabalu Challenge : tribute to the hikers....

Mount Kinabalu Sabah
Trail map
Assalamualaikum... salam sayang buat anak2 semua.. berkisahlah kita tentang perkara lain pulak kalini abah nak cerita tentang Kinabalu yang berada di negeri Sabah Negeri dibawah bayu... kalini kita banyak bercerita tentang outdoor... maklumlah pembeljaran bukan sekadar didalam kelas tetapi juga dilura kelas... dan terbanglah kita ....ke sana...
Add caption



Kinabalu dari jendela asrama PKK..berbalam2 kelihatan



Fogey forest.. bahaya kalau tetiba ia datang laluan tak nampak
rakan2 saya terperangkap dalam hutan kabus

Gunung kinabalu berasal dari perkataan Aki dan Nabalu dari perkataan kaum Kadazandusun  bermaksud  Aki - nenek moyang Nabalu - gunung..dengar perkataan pun dah sedapkan. gunung nenek moyang.. bagi kaum Kadazandusun mereka memberikan penghormatan yang besar kepada gunung ini kerana dipercayai roh nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia berada diatas puncak gunung kinalabalu memelihara gunung tersebut dan keturunan cucu cicit mereka. lagendanya penciptaan gunung kinabalu ini oleh tuhan atau dewa mereka yang teragung dan wujudnya mitos tentang naga penjaga harta karun disana ( ni korang kene banyak bertanya la dengan orang-orang expert)..Guide (renjer taman kinabalu) abah yang berasal dari sabah masa pendakian dulu bercerita..kat atas tu jangan buat suka hati.. nak kencingka nak terberak ke  kene kasi tau diaorang ada tempat2 tertentu ja yang boleh qadha hajat.. diatas tu memang banyak kolam (lopak air) masa abah naik ada yang kering ada yang berisi air.. sejuk beb .. kalau terputus air ha situlah tempat refill.. so katanya kolamni adalah tempat pawang diaorg membuat pertapaan dan sebaginya.. so kene respect..lagipun tempatnya cantik bangat dehhhh ... sapa2 yang buat kotor memang kene sumpah laa.. kalua bawak naik 10 plastik pastikan 10 plastik kasik turun..cuma tinggal foot step je dibenarkan..
 Gunung kinabalu adalah yang tertinggi di Borneo (walaupun ada pertelingkahan) tingginya 4095 meter dari aras laut..dan menduduki tangga yang kelima di asia Tenggara..hebatkan.. pembentukannya adalah akibat pertembungan plat litosfera laut cina selatan dan litisfera kepulauan borneo.. teknikalnya.. litosfera bermakna kerak bumi paling atas..flora dan fauna memikat.. apabila kalian mendaki.. terdapat tiga jenis pembentukan hutan terjadi hutan bukit biasa, hutan atas (pertengahan) dan hutan gunug pokok-pokok renek.. batuan yang terbentuk jutaan tahun dulu juga tersembul dari permukaan bumi.iklim... bestttttttt wooo tak leh lawan mana2 tempat dalam Malaysia.. abah kat kundasang masa bermalam 3 lapis.. bila mendaki biasa ja.. selapis sampai laban rata 15 darjah celsius..malam drop lagi sampai pendakian esok  8- 9 darjah celcius..sejuk gediiiiii gagah jugaklaa.. terdapat 5 puncak kecil diatas Kinabalu..  mandi ??? tak mandi pun.. wangi jerk bau badan...heheh
  1. low's peak
  2. ugly sisters peak
  3. donkey ears peak
  4. tunku abdul rahman peaks
  5. St john peaks

Abah mendaki bersama - sama 3 orang pendaki kita Farhana Bux, Faiz dan Aishah.. manakala Farid Ghaffor a.k.a mamu mendaki bersama ustaz ali keesokan harinya..segalanya bermula di Kundasang bandar no aircond (mesilau nature resort) .. bercerita pengalaman mendaki ni..abah kata ia bukan mudah.. penat, lengoh, fed up dan adakalanya kata apa kejadahnya aku nak naik ni.. mental mau kuat.. kerana setiap inci terasa begitu membebankan.. itulah sebabnya guide kata jangan lebih dari 7 kg je bawak naik kalo tak ko tahulaa..pakaian kalau ada long john (yang selalu orang pakai masa musim sejuk bagus) dia akan memerangkap haba.. kalau takda ok jerk tapi berlapis la pakaiannya.. kasut dapatkan yang berkualiti tinggi (kasut sport biasa pun ok abah balon Camel Outdoor saja) tetapi perlu diingat bahawa kita akan meniti batuan curam dan jalan licin.. so jangan la pakai kasut cap ayam.. bukan apa.. keselamatan kaki penting terpelecok abis.. dah tu kalo koyak mana ada kedai kasut kat atas.. guide jangan tanya .. betis bulat membujur hari2 naik pakai selipar jepun.. tapi tapak kaki diaorg lain jangan ikut style diaorang..pendakian abah bermula di laluan Timpohon gate mudah sikit.. tapi bila ketemu anak tangga pertama mak ai dia design untuk langkah mat salleh kita kena tiga anak tangga pancit..huphap laa.. naik keatas laluan trek bukit biasa.. kemudian laluan berubah menjadi laluan berbatu kerikil sampai ke atas lagi laluan batuan gunung ja.. pegang kiri batu pegang kanan batu.. bermalam di laban rata best (ketinggian 3262 meter atau 10 703 kaki dari aras laut).. time ni oksigen dah kurang sikit mudah kene mabuk gunung tandanya pening lalat (perlu diingat bahawa pada ketinggian 3000 meter cuma ada 70% oksigen maknanya semakin tinggi altitud semakin kurang oksigen).. pernafasan pendek mata berpinau dan asyik nak muntah.. time ni guide akan soh rehat makan ubat paracetamol dulu.. kalau tak releif jugak esoknya kene turun..wajib..bahaya tetap ada batuan curam jangan main2 tak boleh lari dari tali putih itulah satunya tali pandu arah kalau tersesat abisss..diatas puncak cantik pemandangan bandar Kundasang.. korang akan terasa betapa kerdilnya dimuka bumi Allah.. airmata menitis pertamanya kerana nikmat Allah jadikan alam ini...keduanya kerana kegembiraan berjaya sampai..ketiganya kalau sakit kaki..hehehe..masa turun lagilaa..absorber henjut baik punya.. sampai kebawah jalan macam penguin celahan semua sakit..heheh.
Mamu? apa ceritanya? mamu dan ustaz ali adalah kumpulan ke 3 yang mendaki (time kami turun depa mendaki) berselisih ditengah jalan .. mamu berjaya mendaki dengan lajunya selama 2 jam sampai ke atas laban rata.. malangnya akibat endakian yang terlalu laju mamu terkena mabuk gunung.. menyebabkan sukar baginya untuk menyesuaikan badan dengan atmosfera atas..keesokannya  akibat dari kerunsingan mamu terlupa makan pagi dan membawa beklan air ke puncak.. sampai di gate terakhir pondok sayat2 mamu terkulai ... akhirnya memaksa beliau turun ke bawah semula..tapi mamu berjaya mencatatkan sejarah pendakian paling cepat.. hebat...buat mamu kalu ada chance lagi kita naik pulak.. InsyaAllah..
Apa intipati yang abah dapat?? muhasabah diri.. jangan la sama sekali angkoh dengan nikmat tuhan ke atas hambanya..setiakawan..alhamdulillah abah dikurniakan anak2 yang terbaik dalam JPP farhana, aisha dan faiz setia hingga ke akhir dikala abah tak laratdah mintak diaorang pergi dulu (maklomla.. orgr tua2 slowla) ... diaorang tak tinggalkan.. tak pa cik kta ghi sekali sambil menarik lengan abah.. begitu juga dengan anak2 baru (banyaknya anak) dari PSA si sakinah dan rakan2 wahh hebat beriringan berjalan... itu yang syoknya... itulah kenangan abah tak dapat lupakan bersama kalian dan mungkin pendakian ini pendakian sekali seumur hidup mungkin ya dan mungkin tidak... apapun khabarnya bulan 9 ni akan ada lagi 1 pendakian.. harapannya abah dapat dan sihat untuk pergi...
       Buat tema pendakian kali ke 2 ni .. berlatihlah dari sekarang banyakkan bertanya.dari yang pernah mendaki.. semoga berjaya.. InsyaAllah..
                sekian salam sayang abah buat team hikers .. tribute to you all....abah sayang kalian
bersama encik khalid PUO otai hiking.. semua dia terjah .. bnyak nasihat dia bagi kat sy ttg pendakian

otai2 ni.. di Mesilau nature Resort Kundasang.. peak kinabalu nampak dibelakang macam dekat je.. try la

amboih makan.. anak2 abahla katakan..

lepak time pancit baru 20 minit melepasi sayat2 hut.. meperhatikan tali putih disisi

Team PSP on top... camera cikai je.. bawak DSLR baru kowwe..

Mount Kinabalu Challenge: Tribute to the hikers..

Mount Kinabalu Challenge : Tribute to The Hikers

19 Jul 2011

Misteriousnya Jerai...

Ketenangan Jerai waktu subuh...cantiknya.....
Assalamualaikum.. salam sayang buat semua sesuatu yang menarik..misteriousnya jerai.. kan baru balik dari Jerai.. yelah..macam2 nak tahu lagi misterinya sesuatu kawasan tu lagi orang nak tahu pe kebendanya yang misteri sangat. hasil dari pengkisahan jerai tempohari oleh En. Ramli Pegawai Jabatan Hutan.. benar2 menarik perhatian peserta disini abah simpulkan (kerana ada yang terlelap ketika encik Ramli berkisah).. Jerai yang mempunyai ketinggian 3992 kaki 1217 meter, sememangnya terbentuk jutaan tahun dahulu.. yang pada asalnya adalah tanah tenggelam kemudian membentuk pulau...sebab itu batuannya atau komposisi batu batannya adalah sama atau hampir sama dengan yang di Langkawi.. mungkin yang kata mana ada pulau.. janganla jadi bengong sangat.. proses geologi pembentukan gunung gangang dan bukit bukau memakan masa jutaaan tahu hasil dari pergerakan tanah sayang ooiiii.. hehehe..


Komposisi flora dan fauna  ribuan spesies... yang menariknya tumbuhan herba (  utk tujuan perubatan) sahaja melebihi 1000 jenis..termasukla tongkat ali, mas cotek (ada 5 spesis tak silap) dan pelbagai lagi.. kalau naik ke regency resort, anak2 boleh lihat pokok orkid  cantik2.. apatah lagi pemandangan dari puncak jerai  memang menakjubkan... malangnya pada hari2 kita berada disana pemandangan blurr kelabu ja sebab jerebu..samapai pekan persekitaran gunung jerai pun jadik kelabu.. pekan yan dan gurun, bendang (sawahlaa) semua kelabu..lensa kamera pun sukar nak tembusi warna2 asli ni..

telaga tok syeikh


padang tok syeikh



kawasan air terjun yang dipercayai wujudnya kerajaan bunian


Alkisahnya, sejarah gunung jerai ini terkenal bukan sekadar sebagi panduan navigasi pelayar2 ke tanah melayu.. tetapi juga bermula penempatan pertama saudagar islam di nusantara.. pengislaman raja kedah pertama iaitu Raja Derba ( kemudiannya memaki gelaran Sultan Muzaffar Syah) telah membuka ruang pengislaman keseluruhan penduduk kedah  yang dahulunya diresapi pengaruh hindu.mubaligh Islam seperti Tuan Syeikh Abdullah Al-Yamani dan ramai lagi menetap di jerai dan membuka penempatan pertama disana.. kini, tinggalan sejarah nya boleh dilihat antaranya batu  telaga To' Syeikh, Padang To" Syeikh dan sebagainya...antara pengkisahan yang menarik abah carik2 kot internet berkaitan pengislaman ini  adalah cerita dibawah:

Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun Masihi 1136 (531 Hijrah). Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu jati yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah pada zaman itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama Islam, nama baginda ialah Maharaja Derbar RajaOrang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab.
Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang. Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah s.w.t., berimanlah Sri Paduka Baginda dengan segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri kepada Kedah Darul AmanSri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya.
Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinyaPada suatu hari, Sri Paduka Baginda bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia dalam Tanah Arab? Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan RasulMaka, baginda pun bertitah agar dibina sebuah menara di satu tempat yang tinggi dan berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya, menara yang hendak dibina itu bukan sahaja untuk dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda; Sultan Muzaffar Shah serta nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah Darul Aman.
Pekerja-pekerja yang ditugaskan membina menara tersebut berkumpul di kemuncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara itu di bawah penyeliaan Sheikh Abdullah. Ketika menara itu hampir siap, dengan takdir Allah s.w.t., Sheikh Abdullah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudianSebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sheikh Abdullah telah mewasiatkan agar mayat beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran berdekatan dengan menara yang hampir siap itu. Wasiat beliau telah diperkenankan oleh baginda Sultan dan disempurnakan oleh para menteri. Dengan itu, tanah rata di kemuncak Gunung Jerai sehingga kini dipanggil 'Padang Tok Sheikh' sempena mengambil nama Sheikh Abdullah
(sumber: nozanoor.. adapted from http://eforum.com.my/)


Itulah yang menariknya... jerai juga tidak sunyi dari kisah2 mistik.. kewujudan kerajaan bunian yang mendiami persekitaran kawasan air terjun, kisah lelaki tua alim yang misteri bersolat di surau kem sg teroi.kisah lelaki hilang dan tidak dijumpai mewarnakan lagi gunung jerai..heheheh.. tulah al kisahnya....

Ikhlas..... abah.. sayang semua.. bye

UIC 2011: Dedikasi buat semua...

UIC 2011.Jerai

ikhlas .. abah

Ultimate Intelligent Challenge Jerai 2011

Assalamualaikum.... salam sayang buat semua... Alhamdulillah dalam kepenatan pulang dari mengikuti aktiviti outdoor di Jerai tempohari.. semuanya selamat..abah mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada anak2 abah yang berjaya mengikuti program dengan jayanya.. semua kata terbaik.. program yang dirangka oleh Jab. Pengajian Politeknik dbersama dengan POLIMAS di dilaksanakan dengan jayanya oleh rejimen 513 Wataniah, banyak elemen diterapka dalam aktiviti..antaranya pendakian gunung (walaupun mengikut trek tar) ia mengambil masa hampir 3 jam setengah utk peserta sampai ke base camp.. kalau ikut trek hutan mau lewat petang agaknya baru sampai...ada elemen kerohanian, elemen kepimpinan, elemen pembinaan mental dan fizikal dan aktivitio water polo..hebat semua teruja.. makananya bestttt.. ransum tempur a.k.a makanan askar..

Yang menariknya, buat anak2 abah yang 1st time ikut aktiviti macamni.. muka monyok lepas daki gunung.. penat cikkkkk..tak larat cikkk, dari jauh.. cikkkk nak airrr.. adoih...heheh tapi alhamdulillah semua sampai ngan selamat.. buat abah bukan aktivitinya.. tetapi apa yang diperolehi oleh anak2.. pengalaman?, nilai diri?, jati diri? keterbukaan minda? inilah intipati yang  bakal memberi nilai tambah pada diri anda.. buat yang lain InsyaAllah kalau ada program lagi abah akan hantar.. kalau kena pada caranya... buat mas lani.. abah nak berehat kejap.. keltihan abah sampai ke kemuncaknya.. dah sebulan tak lekat kat rumah.. ni pun hari khamis keluar lagi.... Rovers Challenge di Pulau Aman... abah sendiripun dapat ramai kawan baru... siapa kawan abah.. negok foto jelah nanti...buat semua ... abah just uplod sikit2 je foto kot blog ni ... kalau nak tengok lebih nanti check kot web album abah jelah kay..... salam sayang... terutama buat anak2 UIS Jerai 2011 anda hebat.. Siana, Hana, Nasuha, Syarifah, Shakila, Syuhaizie, Saddam, Fareez, Mawi, Lee.. thanks follow abah yee... sayang semua......
 mana foto lain cikkkkkkk???? jap la.. 800 photos nak edit nak resize... uihh bukan keje senang.... nanti erkk.. siap abah upload.... nungguu yee...

11 Jul 2011

Nak Buat Kelab??..tatacara nak tubuhkan kelab

Assalamualaikum, penat rasanya baru balik dari simposium..ni nak keluar pulak ke pendakian Jerai... uihhh penat dah masuk usia lewat muda ni... maklumjalahh.. dulu2 cergas la.. ni ha abah diajukan dengan soalan2 caman nak tubuhkan kelab kat PSP ni...salah ke?? ishh mana ada salah kena caranya.. ikutilah panduan kat bawah ni....
  • Persatuan / Kelab
  1. Boleh ditubuhkan dengan syarat mendapat kelulusan Ketua Eksekutif (KE a.k.a Pengarah) melalui Penasihat JPP ( PHEP)
  2. Memerlukan tidak kurang dari 10 ahli bagi menganjurkan sesuatu program atau kepentingan tertentu.
  • Prosedur.
  1. tidak kurang dari 10 ahli
  2. Cadangan penubuhan dikemukakan kepada Penasihat JPP yang kemudiannya akan memaklumkan kepada KE untuk kelulusan bagi mengadakan mesyuarat jawatankuasa penaja.
  3. Agenda mesyuarat Jkuasa penaja:
i. kumpul butiran dan kenalpasti ahli
ii.perlantikan AJK penaja dan penasihat persatuan
iii. Mengubal perlembagaan.

4. Hasil mesyuarat dihantar  sebagai permohonan pendaftaran persatuan / kelab kepada Penasihat JPP dengan lampiran maklumat:
i. laporan / minit mesyuarat AJK Penaja.
ii. Senarai nama AJK penaja dan penasihat persatuan
iii. Perlembagaan persatuan
5. Tempoh mesyuarat penaja menghantar minit/laporan mesyuarat adalah selama 3 minggu dari tarikh kelulusan mengadakan mesyuarat jkuasa penaja.
6. Mendapat kelulusan penubuhan persatuan / kelab dalaman dari PHEP mengadakan Mesyuarat Agung Pertama dalam tempoh 7 hari dari tarikh mendapat kelulusan penubuhan oleh KE.
7.Agenda mesyuarat Agung Pertama:
i. perlantikan AJK persatuan/kelab
ii.Membentangkan usul dan meluluskan perlembagaan persatuan / kelab
iii. Merangka aktiviti persatuan.
8. Pendaftran keahlian boleh diadakan serentak iaiitu sebelum mesyuarat dijalankan atau semasa Mesyuarat agung pertama.
9. KE atau wakilnya akan membuat pengesahan dan rekod laporan/minit mesyuarat 2 minggu selepas mesyuarat agung tersebuut.

PEMBUBARAN PERSATUAN ATAU KELAB.
1. Usul daripada ahli persatuan / kelab setelah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Persatuan / Kelab
2. Bilangan ahli kurang 10 orang
3. KE atau wakilnya atas budibicara menggunakan Peruntukkan Seksyen 9 Akta 174.
4. Persatuan tidak aktif selama 1 tahun (2 semester)
5. Gagal hantar laporan berkala 2x setahun kepada KE.

so macamna?? anak tubuh kena ikut prosedur.... kalau tak abis...

7 Jul 2011

Simposium Sekretariat JPP Kebangsaan 2011 Terengganu

Assalamualikum... Alhamdulillah
Kepenatan minda dan fizikal menguruskan MSK masih lagi terasa.. namun tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan.. berbekalkan hasrat murni demi perubahan radikal barisan kepimpinan JPP maka, abah mengambil risiko dan meletakkan kepercayaan kepada lain2 ahli backup 4 orang MT bagi menguruskan MSK di PSP.. bersama abah sdr YDP Zul, Sdr Hazwan NYDP, Sdri Farahuda dan Hanida.. ke Simposium Sekretariat JPP Kebangsaan 2011, maka berkampunglah kami di Pulau Duyong Terenganu.. selama 4 hari..
Antara aktiviti simposium adalah pembentangan usul bagi meneruskan agenda perubahan dalam kebajikan pelajar.... Alhamdulillah pelbagai usul terbentuk dan akan dibahaskan.... antara yang diusulkan oleh delegasi PSP adalah Alumni dan kedudukanya sekarang ke mana hala tujunya dan pelbagai lagi... usul akan dibahaskan hinggalah terdapatnya usul2 berkualiti dan rasional sahaja akan diambil... 4 sesi penghujahan.. semua nampak mantap.. tapi ada jugak yang meraban dan hanya isu tempelan..yang tidak mengambarkan kerasionalan..... biasalah.... ada yang berani.. ada yang gigil... ada yang gaya lebih tapi koyak.... dibawahni adalah sebahagian foto2 buat tatapan awal rakan2 di PSP yang sempat abah rakamkan.....bersambung




farah ketika pembentangan

farah dan perbahasannyaaa

pencalonan penghuluwati

sahabat

amboih.... sokong undian penghuluwati..
zul dan assistannya




abah......................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Followers

Abah & Mimie...

Daisypath Anniversary tickers