24 Jun 2011

STRUKTUR JAWATANKUASA MSK 2011

Assalamualaikum.... salam sayang semua...berikut adalah cadangan bagi struktur MSK ..
  1. Jkuasa pergerakan pelajar
  2. Jkuasa Persiapan tempat
  3. Jkuasa Pengacaraan majlis:
  4. Jkuasa Logistik / tugas2 khas
  5. Jkuasa kebajikan
  6. Jkuasa Makanan
  7. Jkuasa Riadah
  8. Jkuasa Perasmian dan Penutupan
  9. Kumpulan khas penceramah dan motivasi
  • Mungkin ada tugas jkuasa yang 'agak' ringan maka, mereka ini digalakkan memegang jawatan lain juga bagi membantu jkuasa yang underpressure... so akan ada 1 individu pegang 2 jawatan....
  • Adalah dicadangkan agar ketua-ketua bagi setiap jkuasa adalah dari kalangan exco2 yang masih ada semester ini..jika tiada maka eloklah kiranya dibawah kuasa khas YDP melantik mana2 ahli yang berkeupayaan bagi mengetuai jkuasa tersebut tanpa mengira dari kelab mana sekalipun.
  • Mana-mana individu yang dilantik hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab sepenuhnya dengan penuh komitmen dan kerja berpasukan. Beliau juga perlu melantik ahli2 bagi melaksanakan tugas tersebut dengan penuh efektif dan efisien.
  • Keenganan mana-mana individu  terhadap mana2 bidang tugas atau gagal memberikan komitmen yang sewajarnya akan mengakibatkan penilaian terhadap prestasinya adalah rendah dan memberikan impak besar terhadap penilaian bagi dirinya sendiri..
 Dan ingatlah.. setelah sekian lama anda idamkan msk berada dibawah pelajar sendiri inilah masanya anda kembali berbakti sepenuhnya kepada pelajar..... bekerjalah secara berpasukan.. berat sama ditanggung ringgan sama dijinjing.. jangan lalai dan alpa.. kesilapan pasti terjadi tetapi perlu dikurangkan.. elakkan dari adanya persengketaan...kerana ia akan membuka ruang kepada individu tidak bertanggungjawab yang akan memecahbelahkan anda.....

Ikhlas ... abah




Simposium Sekretariat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kebangsaan 2011

Assalamulaikum.. buat pengetahuan semua anakanda yang bergiat dalam kepimpinan JPP... kita akan menghadiri simposium sekretariat JPP Kebangsaan .. antara penyususan aktiviti simposium adalah:
Tarikh : 7 - 10 Julai 2011
Tempat : Riyaz Resaort n Spa, Pulau duyung Terengganu.
Undangan : 4 orang ( YDP, NYDP, S/ U dan Bendahari)

  1. Pembentangan Sekretariat JPP Kebangsaan
  2. Dialog JPP bersama Pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik
  3. Perasmian Simposium Olh YAB Timbalan Menteri Penggajian Tinggi
  4. Corporate Social Responsibility Programme
  5. Communities of Practices
Abah melihat bahawa.. penubuhan sekretariat  dan simposium ini adalah ide  yang pada tahun sebeluny bertujuan bagi memartabatkan kepimpinan JPP politeknik. maka, sekretariat JPP Kebangsaan ditubuhkan bagi membolehkan kepimpinan pelajar berdiskusi dan melontarkan pandangan tentang pergerakan mahasiswa, penentuan halatuju mahasiswa dan sebagainya.. ini adalah platform terbaik bagi JPP berdiri secara tegap..
Bagi tahun ini...ia di anjurkan oleh PKKT sebagai tuan rumah, dan hanya 4 orang ahli majlis tertinggi sahaja akan kesana.... namun begitu apa yang mengusarkan abah adalah. ia dilaksanakan dalam minggu suaikenal.. abah pada mulanya tidak mahu menyertai simposium akhirnya akur dengan kehendak  sekretariat apabila mengenangkan lebih banyak faedahnya kepada JPP dan generasi akan datang... masalahnya.. 7 dan 8 hb julai adal 2 hari terakhir bagi MSk.. maka urusan itu akan ditinggalkan kepada pewaris muda... dalam masa 2 hari adakah mereka mampu melaksanakannya...????????

16 Jun 2011

Iron Community and Leadership Tranformational Program 2011: Preparations...

Assalamulaikum,


salam mesra dan semoga dirahmati oleh Allah hendaknya? alhamdulillah cuti pun dah nak habis tinggal beberapa minggu ja lagi... semoga kalian semua sihat utk kembali  meneruskan pengajian di kampus.. apa yang menariknya? takda apalah sangat ..ni abah nak update beberap perkara tentang 2 program yang akan disertai oleh mereka yang terlibat:

1. Iron Community Challenge
  • Merupakan gabungan aktiviti bersifat separa lasak..antaranya ialah jungle trekking, cross couuntry run dan cycling..( penat dengarnya..)
  • pertandingan dinilai berdasarkan kerjasama kumpulan, penyusunan strategi, penyelesaian masalah dan bersifat persaingan.
  • Tarikh 27 jun - 29 Jun  Tempat :  Bendang Man, Sik..
  • Check in : 26 jun 9:00 a.m di asrama PTSS ( taklimat dan ice breaking dsbg..bertolak ke Bendang Man pada 27 Jun 2011)
  • Check out : 29 Jun 2011 ( 30 sepatutnya .. tapi hanya bagi yang jauh so.. budak PSP 29 Julai balik mai PSP lah)
  • Perasmian oleh YAB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
  • Keperluan: baju lengan panjang (P) lengan pendek (L)..sport shoes+ socks.. tracksuits baju permainan yang bersesuaian..pakaian solat / toileteries/ ubatan peribadi  dll..
  • pakain bagi majlis perasmian .. T shirt akan diberi .. just bawak tudung yang berwarna gelap.. seluar slack gelap bagi lelaki..perempuan pakaian bersesuaian dengan tudunglah...
  • Disebabkan aktiviti ini ada 2 unsur fizikal yang lasak dan program anak angkat ( korang ada keluarga angkat untuk 2 hari) so.. bersedialah dengan pakaian dan barangan yang bersesuaian.. nak jelas satu persatu teruklaa.. bukan budak sekolah rendah...
  • jadik... berkumpul di poli alik 25 hb... abah akan taklimatkan perkara lain... jangan lupa..
2. Program Transformasi Kepimpinan Pelajar..... (esok update yeee.... tak bawak balik tentatif program.. harini Pentadbiran bergelap kabel bocor bawah tanah)....

13 Jun 2011

MSK Jun 2011 : What's Uppppp????

Assalamulaikum semua, apa khabar? rasanya ramai yang ternantikan apa yang bakal dirancangkan bagi menyambut freshies yang bakal tiba 3 Julai nanti.. semalam abah dan urusaetia telah bermesyuarat kali ke 2 berkaitan MSK.. berikut adalah ringkasan mesyuarat tersebut yang melibatkan penglibatan JPP:
Perlu diingatkan ini adalah pembaharuan yang dirancang bagi membolehkan pelajar (anda) belajar mengelola dan mengendalikan majlis besar percaturan terbesar ( berisiko ) yang kami buat bagi menyerlahkan kepimpinan anda... masanya telah tiba

1.  MSK akan dikendalikan spenuhnya oleh JPP dengan dipantau oleh JHEP ( Urusetia MSK), ini termasuklah penyediaan tempat (DSM) dan sebagainya.....
2. JPP akan mengendalikan :
i. Penempatan pelajar ( membantu pihak asrama .. biasa ja kan)
ii. Pergerakan pelajar
iii. Pengacaraan Majlis ( MC bagi kedua2 majlis perasmian dan penutup)
iii. Pengacaraan Majlis ( bagi sesi taklimat pegawai... so.. ada 7 taklimat kena assign la sapa2)
iv. JPP / PRS /  JPP(i) diamanahkan bagi menjalankan program ceramah motivasi / moraliti yang biasanya dikendalikan oleh pegawai ( kuliah subuh / magrib dan sesi ceramah moral) so.. yang ni setiap badan perlu assign 'tuan' penceramah sendiri .. nanti kene jumpa abah semula tua2 penceramah ni..
v.JPP menerusi biro sukan dan rekreasi akan mengendalikan aktiviti riadah sepenuhnya.
vi. JPP dan semua badan dan kelab gabungannya  diamanahkan bagi melaksanakan gotong royong Perdana pada hari khamis 7 Julai 2011.. ini akan melibatkan asrama dan persekitaran kampus (luas ni)
vii. pendek kata.. everything yang melibatkan aktiviti MSK hampir 90% akan dikendalikan oleh anda semua.. so mampukah anda.???? Mesyuarat  Majlis Tertinggi JPP / Pengerusi kelab bersama Pegawai Hal Ehwal Pelajar (ntah korang kenal ke tak tak tau la) akan  dilaksanakan dalam tempoh terdekat... nanti akan diberitahu kelak.

Beberapa pembaharuan juga telah dirancang bagi memperkasa kedudukan  ajk dikamsis ( dulu ramai claim katanya ajk.. sampai 170 - 180 orang) yang sekarang hanya tinggal 118 sahaja..kenapa?  abah akan reveal nanti ok....


1. Penempatan AJK telah dirombak semula bagi membolehkan ajk kamsis secara lebih efektif dan mantap.
2. penempatan ini juga dilihat mampu memberikan impak terhadap peranan JPKP agar boleh berfungsi secara berdikari... (perlu diingat bahawa jpkp adalah pengerak utama di kamsis)
3. AJK lain secara keseluruhannya akan pergerakkannya akan dipantau secara terus oleh pihak pengurusan. oleh itu, sebarang perancangan aktiviti perlu mengambil kira pelbagai aspek pergerakan ajk keluar masuk dan rasional pergerakan terseburtt.. INGAT asrama ada undang2nya tersendiri... dan anda adalah pelajr yang tertakluk kepada undang2 tersebut.
itu adalah sebahagian dari pembaharuan yang akan dilaksanakan  bagi memartabatkan semula pergerakan pelajar.... InsyaAllah akan abah revealkan lagi ....



Kenangan Bersama .. JPP 2011 Pulau Pangkor

9 Jun 2011

Kriket Elit U12 Bayuemas Kelang: News from the oval....(www.malaycricket.org.my)

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kota Bharu dan naib johan tahun lepas, Westlands (Pulau Pinang) terpaksa bertarung untuk penentuan sama ada berupaya ke separuh akhir  setelah kedua-dua pasukan tumpas dalam pertemuan kedua Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan pada 8 Jun 2011.
Wakil Kelantan itu tertiarap dengan 97 larian kepada Bukit Petaling dari Kuala Lumpur di Bayuemas Oval manakala Bayuemas dari Klang, Selangor menumbangkan Westlands dengan 14 larian di UKM Oval.
‘’Westlands akan bertemu Pekan dan satu lagi bakal menentu nasib Kota Bharu serta Kuala Langat kerana kedua-dua pasukan ‘pilihan’ itu hanya menang satu perlawanan. Ini cukup menarik,’’ kata pengarah kejohanan Mohsain Hashim yang dilantik oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
Dua pasukan berkenaan akan mengiringi dua pendatang baru, Bayuemas dan Bukit Petaling yang sudah pun layak untuk bertarung dalam separuh akhir pada 10 Jun di Bayuemas Oval, esok.
KEPUTUSAN
Pekan kalahkan  Parit Jawa dengan 14 larian
Pekan  83 (22.5 over) Shazrul Nizam Che Mat 32,Shamsul Zairul  Amin Shamsudin 12, Hazim  Aqil.Yunus 2-9, Halim Abu Bakar 2-10,Norebby Ilham Asoha  2-14, Nasuha Aidil Jamal  2-19.
Parit  Jawa 69 (22.4 over)  Ammar Uzair Fakri 23.Umar Suhaimi  4-11, Shazrul Nizam Che Mat 3-10, Amir Jazli  Razali 2-11.
Pemain terbaik :  Shazrul Nizam Che Mat (Pekan)
Pengadil : Batumalai Ramani KL); Nazaruddin Muhammad (Pahang)
Bayuemas kalahkan Westlands dengan 3 wiket.
Westlands 89-5
(25 over) Daniel Putra Kamaruddin 44. Zubaidi Zulkifli 2-12.
Bayuemas 90-7 (22.2 over) Ammar Jaafar 21, Ikhwansyah Maskuri 21. Dheevash Roshan Kumarasamy  3-15, Ammar Luqman Abd. Aziz  2-24.
Pemain terbaik: Daniel Putra Kamaruddin (Westlands)
Pengadil : Batumalai Ramani (KL); Nazaruddin Muhammad (Pahang)
Kuala Langat kalahkan Kg. Gelam dengan 23 larian berpandukan kiraan Duckworth-Lewis kerana gangguan hujan. Sasaran 97.
Kuala Langat 143-6 (25 over) Amirul Rashid 50, Hafizudin Ghafar 18, Hasif Norhaizan 14, Zikri Idris 10.
Kg. Gelam  74-9 (17 over) Ikhwan Faiz Johari 18, Faiz Kamaruzaman 14, Alif Ikhmal Jefri 10. Amirul Rashid 7-21.
Pemain terbaik : Amirul Rashid Abdul Samad (Kuala Langat)
Pengadil : Hafiz Zaman Huri (NS);Shahrul Amri Salleh (Kedah)
Bukit Petaling kalahkan Kota Bharu dengan 97 larian
Bukit Petaling 158-4
(25 over) Virandeep Singh Jagjit Singh 48, Said Khairul Niza 27, Hafiz Mohd. Khair kekal 27, Muhamin Salahuddin 16.
Kota Bharu  61 (14 over) Fadli Haris Abdul Rahman 20. Aiman Mustafa Albakri 4-13, Kosyan Indran 3-15, Muhammad Arif 2-14.
Pemain terbaik :  Aiman Mustafa Albakri  (Bukit Petaling)
Pengadil : Hafiz Zaman Huri (NS);Shahrul Amri Salleh (Kedah)

7 Jun 2011

News From the Ovals: Kriket Elit Under 12 (www.malaycricket.org.my)

KUALA LUMPUR - Finalis tahun lalu, Kota Bharu dari Kelantan dan Westlands (Pulau Pinang) memenangi perlawanan pembukaan saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan pada 7 Jun 2011 tetapi dua pendatang baru bergaya dalam perhitungan pertama mereka.

Juara bertahan, Kota Bharu menumbangkan wakil Melaka, Kampung Gelam dengan 15 larian manakala Westlands memerangkap Parit Jawa dari Johor dengan 59 larian.

Wakil Kuala Lumpur, Bukit Petaling memeranjatkan Kuala Langat (Selangor) dengan kemenangan besar; 129 larian dengan kaptennya, Virandeep Singh Jagjit Singh mengumpulkan 84 tanpa tewas.  Pasukan Bayuemas dari Klang pula menafikan Pekan (Pahang) dengan enam larian.

KEPUTUSAN:

Westlands kalahkan Parit Jawa dengan 59 larian.
Westlands 154-4 (25 over) Daniel Putra Kamaruddin 57, Dheevash Roshan Kumarasamy 34, Ammar Luqman A. Aziz 26. Abdul Halim Abu  Bakar 2-22.

Parit Jawa 95 (25 over) Norebby Ilham Asoha 21, Faizrul .Shah 16, Ammar Uzair Fakri 12. Nehhssen Rao Kanaga Naidu 3-9, Daniel Putra Kamaruddin 3-17, Ammar Luqman A. Aziz 2-20.
Pemain terbaik: Daniel Putra kamaruddin (Westlands)
Pengadil: Nazaruddin Muhammad (Pahang); Azmi Ibrahim (Selangor)

Bayuemas kalahkan Pekan dengan 6 larian.
Bayuemas 107
(24.5 over) Zubaidi Zulkifli 15, Nabil Azhar 13, Ikhwansyah Maskuri 13, Vimallan Palaniandy 10. Umar Suhaimi 2-14.
Pekan 101 (25 over) Firdaus Amin Mohd. Nor 22, Syakir Iman Yasin16, Ahmad Fariman Azmi 10. Zubaidi Zulkifli 3-17, Ashvand Varma Jeeva Nanthan 3-22, Syahmi Firdaus Sadali 2-8.
Pemain terbaik: Zubaidi Zulkifli (Bayuemas)
Pengadil: Nazaruddin Muhammad(Pahang); Azmi Ibrahim (Selangor)

Kota Bharu kalahkan Kg. Gelam dengan 15 larian.
Kota Bharu 95-9
(25 over)
Che Muhamad Fairuz Che Saari 15, Fadli Haris Abdul Rahman 11, Aiman Hariz Rahman11. Faiz Kamaruzaman 3-10, Syahir Abdul Razak 2-23.
Kg. Gelam 80 (23.1 over) Islah Muhaimin Zol  21. Akmal Ziyad Zainuddin 2-11, Che Muhamad Fairuz Che Saari 2-11,
Pemain terbaik: Che Muhamad Fairuz Che Saari (Kota Bharu)
Pengadil: Shahrul Amri Salleh (Kedah) Zahlan Abu Hassan (Melaka)

Bukit Petaling kalahkan Kuala Langat dengan 120 larian.
Bukit Petaling 149-5
(25 over) Virandeep Singh Jagjit Singh kekal 84, Hasif Norhaizan 2-28.
Kuala Langat  29 (11.1 over) Zikri Idris 10. Kosyan Indran 3-4, Hafiz Mohd. Khair 2-5.
Pemain terbaik: Virandeep Singh Jagjit Singh (Bukit Petaling)
Pengadil: Shahrul Amri Salleh (Kedah)  Zahlan Abu Hassan (Melaka)

6 Jun 2011

Hari Belia Negara 2011 : Putrajaya

Sekadar mengamit kenangan sempena sambutan hari belia negara 2011 di Putrajaya baru-baru ni.... banyak lagi rakaman lensa... tapi ada dalam bos punya kamera.....

Kecik n our booth......

Kor Armor DiRaja

fruit carving as demonstrated by Merlimau students.... terer.. 15 minit siap..


MySkill Malaysia  ballon.. PSP bila nak beli belon ni???

paling banyak kerja make up.. memang ble buat duit zaman nii...

Cik Fadzli menjawab sioalan kuiz dan memenangi beg sandang....
Sniper hot shot bro

Sama ja...... kor istiadat
Apa yang menariknya...... sayang tak zoommm innnnnnn hehehehe

yashica back in 80's kata tuan punyala...

Filem panjang yang digunakan.....
Trajektori bro....
arab mana ntah menari bergegar pentas....

local band.... clash of the band.. hebat

X10 free ... balonnn

Vintage...

PM dan lawatan ke Sasuke Malaysia....

ada lagi... tak larat nak uplod...... abah...

Ahli Jawatankuasa MSK Jun 2011( Pelajar)

Assalamualaikum,
 Dimaklumkan bahawa AJK MSK yang diminta hadir bagi sesi MSK JUN 2011 adalah seperti berikut:

1. Ahli JPP  sesi akademik Disember 2010 sedia ada yang ditawarkan asrama.
2. MT JPP sesi akademik Disember 2011 yang tinggal diluar semester ini. (contohnya, NYPD 2 sdr. hasrul Hafifi)
3. Ahli JPP yang dilantik semula ( JPP yang sekarangni baru ja abis L.I DAN ditawarkan asrama atau tidak.. tetapi namanya disenaraikan didalam senarai lantikan semula sebagai JPP sesi Jun 2011)
4. Ahli kelab yang ditawarkan asrama sesi Jun 2011.

Bagi semester ini.. tidak ada lagi istilah sukarelawan yang nak datang tolong MSK.. sebab kita dah overload ajk dan juga beban kerja dah kurang... diharap tidak ada lagi persoalan tentang siapa yang patut datang MSK lagi.

3 Jun 2011

IrOn CoMMuNiTy ChaLLenGe 2011..

Assalamualaikum..... wahhhh hebat betol JPP kalini.... macam2 program ada... masalahnya korang nak ikut tak???? ni haa abah terima satu lagi program... terbaik dari ladang..

1Malaysia Iron Community Challenge 2011
26-30 Jun 2011 (Ahad hingga Khamis)
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB / Poli KULIM)
Peserta : 4 orang saja ( 2 lelaki dan 2 perempuan)


kenangan JPPdi puncak Kinabalu 2008  bersama Faiz, Nana Bux, Aisha dan Mamu fareed (tiada dalam gambar)
 Sapa nak piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii??????? hari Ahad ni dah nak hantar nama dahhhhhhhh.... CEPAT .. EARLY BIRDS ONLY...

abah... tengah pening nak assign pegawai mana pi sana.. 2 program bertembung..:-)

2 Jun 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Minggu suai kenal MSK Jun 2011

Asslamualaikum,
Dimaklumkan bahawa mesyuarat MSK JUN 2011 akan dilaksanakan mengikut  ketetapan dibawah:
6 jun 2011
2:30 p.m
Bilik Persidangan PSP
Wakil dari JPP adalah wajib hadir
* wakil JPP sila berhubung dengan PHEP secara terus bagi memaklumkan kehadiran anda



JAWATANKUASA INDUK MINGGU SUAIKENAL JUN 2011

PENAUNG
:
EN. AHMAD RANI BIN ALI HANAFIAH
PENASIHAT
:
EN. MOHD FADLI BIN ABDUL HAMID
PERHUBUNGAN AWAM
:
EN. AZRUL BIN HASSAN
PENGERUSI
:
EN. ABDUL AZIZ BIN ISHAK
NAIB PENGERUSI
:
EN. JSHAM BIN HAMIDON
SETIAUSAHA
:
AIDA ZURAINA BT AHMAD TALAAT
BENDAHARI
:
PN.  HASNIEZA BIN MOKHTAR
PENYELARAS – PENYELARAS BAHAGIAN
MAJLIS PERASMIAN
:
EN. MOHD HELMI YUSOFF @ OSMAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
MAJLIS PENUTUPAN
:
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
PENGACARAAN MAJLIS / TEKS UCAPAN
:
PN. SUHAILA BT SARIF
S/USAHA JAWATANKUASA PERWAKILAN  PELAJAR
BUKU PROGRAM
:
PN. SUZAINA BT ABDUL BAHARI
JEMPUTAN PENCERAMAH
:
S/USAHA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
BACKDROP PERASMIAN DAN PENUTUPAN (GIMIK PERASMIAN)
:
EN. SUHAIMI SAID (JKM)
EN.  MOHD RAZIF MUSTAPHA(JTMK)
PENGURUSAN MAKANAN DAN PENGINAPAN PELAJAR
:
EN. ALI BIN WAN CHEE
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
PERGERAKAN PELAJAR
:
SDR. ZULKIFLIE
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

PENGLOLAAN AKTIVITI RIADAH  DAN KEROHANIAN
:
EN. HAIRUL ANUAR BIN ROSMAN
BIRO SUKAN DAN REKREASI
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

KEBAJIKAN DAN KESIHATAN

:
EN. MOHD ASRI BIN ALI
WARDEN
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

KESELAMATAN DAN  DISIPLIN
:
EN. AHMAD FADZIL BIN ISMAIL
EN. MD. FADZIL BIN HASBOLLAH
KESELAMATAN LAULINTAS
:
EN. KHAIRUL THOLLEH BIN MUSTAFA
MULTIMEDIA
:
EN. AHMAD  BIN YUSOF
KREW MULTIMEDIA
PERSEMBAHAN  PELAJAR
:
PN. FAZILATUL HAIDA BT HIDZIR
EN. FAIZAL BIN NAPIAH
PENGURUSAN  JAMUAN VIP
:
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
PENYELARAS MINGGU SUAI KENAL JABATAN
PENGERUSI MSK JAB. PERDAGANGAN
:

PENGERUSI MSK  JKE / JTMK
:

PENGERUSI MSK JKM
:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Followers

Abah & Mimie...

Daisypath Anniversary tickers