
Grab this eCards from Lynxee.com
Apapun... petang tadi abah kerumah mak abah mengambil si adik.. mukanya masam monyok.. mungkin kerana takut abah marahkan dia tak pergi mengaji waktu petang..dia nak pegi waktu malam..abah buat tak pedulik langsung abah arahkan masuk dalam kereta .. dan terus pulang..tetapi apa yang benar2 tersentuh ialah apabila abah bila terbaca.. coretan wall akak harini.. disebaik keletihan abah yang tengah demam.. abah terbaca..
Coretan akak.. 'hadiah ..hari ibu utk mimi hilang' mimi: 'macamana boleh hilang?' adik:' adik balik lewat.. adik pi minum, balik adik tengok beg adik dah berubah tempat.. tengok hadiah mimi hilang' mimi: ' adik beli hadiah apa?' adik: 'jam pasir.. adik tempah kat koperasi.. adik lupa ambik semalam'
.... hermmmm...sungguh tersentuh dan sebak bila abaca ayat2 ni.... bukan apa.. adik simpan duit sekolah utk beli hadiah hari ibu... sayangnya anak kepada ibunya.... apa yang lebih menyentuh perasaan abah adalah... abah sebenarnya terlupa nak pegi jemput adik yang abis sekolah jam 1:00 p.m petang tadi... abah ingatkan atoknya (wan panggilan adik) yang jemput.. tapi sapa pun tak jemput hinggalah jam 3:30 akak call dan bagi tahu... sedihnya.. nunggu kat sekolah hingga along keluar abis kelas tambahan... kata adik.. phone rosak kat sekolah budak darjah enam.. terajang... adohh...ni yang buat abah2 rasa bersalah.. kerana abah terlupa ambik adik.. hadiah ummi hilang.... abah hukum diri abah... :-(
Kesudahannya.. adik masam je... abah cakap jom adik.. kita ambik along tusyen.. dalam keta abah kata.. adik beli hadiah mimi hilang ka? adik ya.. adik simpan duit beli kat koperasi lepas tu orang curik.... ok2 takpa.. pas ambik along abah bawak pegi kedai souveneir beli gift buat mimi... cerianya terpancar dari raut wajah kedua2 beradik.. macam2 diaorang cuba.. dario teddy bear yang besar sdampailah ke jam pasir yang seakan2 sama ngan yang hilang.. last2 adik ambik pen holder yang ada musik dan bear menari atas tu... balutan pun diaorang yanmg carikkan.. abah ambik kad ja diaorang tulis... tulisan adik tak cantik.. tapi menyentuh .. secara semulajadi tanpa berfikir panjang dia tulis... selamat hari ibu... sayang mimi.. begitu juga along ...siap2 lukis2 hati lagi barulaaa. terjekeh2 ketawa..... sepanjang perjalanan balik.... heheheh ....
Buat kami ibu dan ayah.. bukan material, wang ringgit yang jadi ukuran sayangnya anak kepada ibu dan bapanya.. tapi doanya, ingatannya, kerinduannya, perlakuannya... semua perkara yang subjektif yang menandakan sayangnya anak pada kedua ibubapanya....
Kini, abah te;lah punya dua putera yang sedang membesar.. abah berdoa.. harapannya.. abah dan akak dapat memberikan pendidikan yang terbaik buat keduanya.... kerana pada hujungnya nati hanya doa' anak yang soleh jua yang membatu kita di alam yang baqa'...
semoga kita mendapat kerahmatan dari Illahi..... abah..

tersentuh dengan gelagat anak2 abah
ReplyDeleteapa ni cik xnak la sedih2..nanti kalu cik sedih sy pun sedih jgak..waaaawaaaa
ReplyDeleteabah..
ReplyDeletemmg terharu ape yg adik buat tu...
selamat hari ibu buat semua wanita yg bergelar IBU...