31 May 2011

PrOGRam 'TrAnSformaSI KePimpiNaN PeLAJaR'

Dear All,


Abah baru ja menerima jemputan dari Jabatan Pengajian Politeknik berkaitan program terbaru..maklumat adalah seperti dibawah ni:


'Program Transfgormasi Kepimpinan Pelajar Melestarikan Gagasan 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan Politeknik Zon Utara 2011'
Tarikh: 26-30 Jun 2011
Tempat: AgroTourism  Homestay Sg. Sireh. Tanjung Karang selangor.
Peserta : 10 orang wakil pelajar.
 tarikh tutup : Isnin depan  6 Jun 2011..


sapa berminat sila bagi nama kat saya 6 lelaki dan 4 perempuan.

24 May 2011

Antara Beban dan tanggungjawab: Menongkah arus perdana

Assalamualaikum.. salam sejahtera buat anak2 diluar sana.. enak2 bercuti ..dah dapat result exam.. ada yang ceria benar.. ada yang mukanya tanpa perasaan .. sama saja katanya... ada yang adoihh.. drop... ada yang lebih malang .. alamak.. koyak abis.... carry plak dah... apapun keputusannya itulah yang dah tersurat...apa yang kita usahakan itulah yang kita dapat... nak wat macamana.. abahpun rasanya dah masuk tiga minggu tak update blog...mau taknya.. bezee latihan pusat juga bawa pasukan ke kejohanan softball MSP di Negeri Sembilan.. nantilah abah kisahkan menarik tau..
16 Mei 2011 baru ni tercatat sejarah buat diri abah.. pertukaran jawatan.. sekarang abah di HEP sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar..maknanya abah akan melaksanakan tugas pengurusan sepenuhnya berkaitan hal ehwal pelajar..rasanya baru sangat abah selesai pengajian abah dalam bidang baru dalam  bidang Logistic Management bidang baru yang abah amat minati.. bidang abah sebenarnya dalam bidang Pengurusan ( major Marketing dan minor dalam Mass Comm) tapi di PSP abah lebih memfokus kepada subjek International Marketing, International Business dan Logistic.. sayangnya dalam masa 4 bulan atas kehendak dan keperluan organisasi abah dikehendaki mengantikan PHEP yang lama... so.. apa nak buat...terima jalah..sedihnya...banyak kenangan abah bersama rakan2 abah semasa pengajian logistik penat, letih, mental fatigue..tapi Alhamdulillah kawan2 abah semua lulus dan paling istimewa abah dianugerahkan pelajar terbait yang menerima Directors Award semasa konvo bulan 1 di PWTC baru ni... tapi segalanya .. tinggal kenangan..

kenangan abah bersama rakan2 dari kiri. Has, Aida, Abah, Najib, Norish


Directors Award 2011

Jawatan baru ni bermakna abah perlu menerima cabaran baru.. berhadapan dengan masyarakat, agensi dan pelajar.. tak ketinggalan organisasi pelajar JPP akan duduk dibawah abah... abah perlu menilai dan melihat semula hala tuju mahasiswa ke arah kecemerlangan diri dan institusi...banyak perkara perlu dilihat.. mentaliti, struktur organisasi, program, dan sebaginya... harapan abah agar anak2 abah yang berada dibawah naungan abah nanti bersedia menerima perubahan..Tekad abah.. secara perlahan2 kita akan laksanakannya..harapannya semua anak2 abah akan belajar sesuatu sebelum grad nanti... style abah pelik... sikit.. kalo tak percaya tanya diaorg yang pernah belajar ngan abah.. ada yang sampai nangis2 bila review projek.. setakat 2 - 3 kali reject biasa, ada yang tengah malam tak tido siapkan projek dan paling lawak bila time presentation ada yang terketar2 nak present belom sesi soal jawab.abah tak akan benarkan kerja separuh jalan, kerja yang halai balai.. cincai... nak belajar buat betol2 .. kerana pada penghujungnya nanti korang akan dapat ilmu sebenar.. faham dan pastinya mampu berhujah dengan baik bila tiba masanya nanti.. bukan senang menuju kematangan.. Alhamdulillah... mereka berjaya.. dan ada yang dah jadi lecturer Universiti , guru, kerja pengurusan dan pengkeranian, ada yang buka pasaraya dan lain2 sekadar menyatakan pelajar abah di Jabt. Perdangangan.. bahkan bagi anak2 x JPP juga ramai yang berjaya dalam karier masing2 jurutera, juruteknik, Pengurus FAMA ( man cobra la tu), buka kilang bauhulu kat semenyih ( zul baulu)  dan ada yang jadi driver kontena dan tak lupa suri rumah.. hehehe.. wahhh abah bangga kerana takda kedengaran yang jadik penyamun atau perosak masyarakat sekarang, dan mereka kembali kepada guru-guru mereka mengucapkan terima kasih.. bangganya kami sebagi guru anda..
Apapun kisahnya disini...anak2 yang masih ada sisa2 pengajian di sini... ayoh kita mulakan perubahan mengorak langkah bersama... kalau ada kesilapan dalam abah menguruskan organisasi tegurlah abah kerana abah juga manusia biasa tiada istimewanya... melainkan hamba Allah yang diamanahkan bagi melaksanakan tugasan didunia ini... bersama abah atau tidak? terpulanglah..

Ikhlas.. abah

9 May 2011

Kena Kencing dah.....

       Assalamualaikum, selamat sejahtera buat semua.. apa yang istimewanya harini?? tak da pe sangat. dalam kekalutan, Alhamdulillah, abah dapat menguruskan hal pasukan yang nak bertolak ke Politeknik Port Dickson malam besok.. terimakasih kepada Din, Akhbar, Adik dan Helmi yang membantu abah.. menyusun barangan kontinjen petang tadi... abah pun demam panas.. dan selsema.. kepada Ain.. cepat2 makan ubat... nati demam melarat susah..
       Harini,  bila abah on the way drive balik dari poli.. phone abah berdering... abah berenti tepi jalan dan menjawab panggilan..ada pegawai yang nadanya tidak begitu ceria.. bertanyakan abah tentang sesuatu yang terjadi di poli..khabarnya anak2 abah telah ter'ambil' makanan orang yang berkursus...so diaorang tak dapat makan... abah tanya.. budak2 mana? dia kata anak2 abah.. adoihhhh.. setahu abah.. sebagaimana yang diceritakan oleh diaorang.. diaorang hanya ambil makanan yang di offer oleh makcik kantin kalau tak abis .. dari membazir akak tu kasija  kat diaorang.. tapi halni ni memang betol2 musykil..abah tanya anak2 abah betolka korang dah terambil makanan orang petang semalam..? diaorang kata tak encik.. tu bebudak2 short sem..yang menyamar sebagai peserta kursus.. so diaorangla yang  taram ..sampai peserta kursus tak dapat makan.. jadi apabila ini berlaku.. pegawai tu kata.. awat kat budak hampa takdak peruntukan makan ka?? sedih abah.. anak2 abah tak pernah mengemis mintak sedekah makan minum.. diaorang tinggal di asrama pun carik kerja dari dok sahaja.. Nasihat abah.. jangan korang buat baik sangat dengan orang yang korang tak kenal .. betol makcik tu murah hati bagi korang  free dinner.. tapi bila tersepit.. (orang dia tak control makan terbagi kat orang lain) dia lontar atas pala korang.. gedebuk korang jadik kambing hitam... sudah... so berhati2.. dengan sapa2 pun... jangan mudah percaya... ingat tu...

SeLamaT BuaT ScorpiO..

kenangan Naib Johan PSP Under 21 Penang League 2011
 Assalamualaikum.. semua.. abah harapkan sihat walafiat.. panas betol mingguni.. dah 3 hari team scorpio bermain dalam cuaca panas terik... ulasan abah simple saja.. ketahanan fizikal nampak tegoh.. mental stabil.. Alhamdulillah.. tapi corak permainan agak merisaukan kerana.. ramai yang masih lagi ragu2.. nampak was2 bila melakukan fielding, batting juga kurang kalau berjaya hit.. dapat dimatikan.. keseimbangan pasukan lelaki dan perempuan nampak begitu ketara.. bilamana team lelaki nampak lebih mantap... sebaliknya team perempuan nampak goyah.. so.. macamana?????? apapapun... selamat maju jaya.. dalam kejohanan MSP nanti.. kita jumpa kemudian ya....

7 May 2011

HadiaH BuaT MiMi..SeLaMaT HarI IbU..MiMi.....



eCards Mothers Day I Love You Mom, Your Are The Best


Grab this eCards from Lynxee.com
 Selamat hari ibu mimi.... begitulah panggilan anak2 abah kepada ibunya.. nak panggil umi tak pandai dari kecik.. sampailah. anak2 jiran pun panggil mimi... pelikkan.. tapi unik... hermmmm.. abah tak kisah.. kemesraan anak2 abah ngan ibunya.. unik.. anak lelaki rupanya lebih cemburu bila abah dekat dengan ibunya.. ada ja idea nak kasik abah renggang ngan akak.. hehehe.. biarlah kan..
 Apapun... petang tadi abah kerumah mak abah mengambil si adik.. mukanya masam monyok.. mungkin kerana takut abah marahkan dia tak pergi mengaji waktu petang..dia nak pegi waktu malam..abah buat tak pedulik langsung abah arahkan masuk dalam kereta .. dan terus pulang..tetapi apa yang benar2 tersentuh ialah apabila abah bila terbaca.. coretan wall akak harini.. disebaik keletihan abah yang tengah demam.. abah terbaca..
 Coretan akak..  'hadiah ..hari ibu utk mimi hilang' mimi: 'macamana boleh hilang?' adik:' adik balik lewat.. adik pi minum, balik adik tengok beg adik dah berubah tempat.. tengok hadiah mimi hilang' mimi: ' adik beli hadiah apa?' adik: 'jam pasir.. adik tempah kat koperasi.. adik lupa ambik semalam'
.... hermmmm...sungguh tersentuh dan sebak  bila abaca ayat2 ni.... bukan apa.. adik simpan duit sekolah utk beli hadiah hari ibu... sayangnya anak kepada ibunya.... apa yang lebih menyentuh perasaan abah adalah... abah sebenarnya terlupa nak pegi jemput adik yang abis sekolah jam 1:00 p.m petang tadi... abah ingatkan atoknya (wan panggilan adik) yang jemput.. tapi sapa pun tak jemput hinggalah jam 3:30 akak call dan bagi tahu... sedihnya.. nunggu kat sekolah hingga along keluar abis kelas tambahan... kata adik.. phone rosak kat sekolah budak darjah enam.. terajang... adohh...ni yang buat abah2 rasa bersalah.. kerana abah terlupa ambik adik.. hadiah ummi hilang.... abah hukum diri abah... :-(
    Kesudahannya.. adik masam je... abah cakap jom adik.. kita ambik along tusyen.. dalam keta abah kata.. adik beli hadiah mimi hilang ka? adik ya.. adik simpan duit beli kat koperasi lepas tu orang curik.... ok2 takpa.. pas ambik along abah bawak pegi kedai souveneir beli gift buat mimi... cerianya terpancar dari raut wajah kedua2 beradik.. macam2 diaorang cuba.. dario teddy bear yang besar sdampailah ke jam pasir yang seakan2 sama ngan yang hilang.. last2 adik ambik pen holder yang ada musik dan bear menari atas tu... balutan pun diaorang yanmg carikkan.. abah ambik kad ja diaorang tulis... tulisan adik tak cantik.. tapi menyentuh .. secara semulajadi tanpa berfikir panjang dia tulis... selamat hari ibu... sayang mimi.. begitu juga along ...siap2 lukis2 hati lagi barulaaa. terjekeh2 ketawa..... sepanjang perjalanan balik.... heheheh ....
       Buat kami ibu dan ayah.. bukan material, wang ringgit yang jadi ukuran sayangnya anak kepada ibu dan bapanya.. tapi doanya, ingatannya, kerinduannya, perlakuannya... semua perkara yang subjektif yang menandakan sayangnya anak pada kedua ibubapanya.... 
 Kini, abah te;lah punya dua putera yang sedang membesar.. abah berdoa.. harapannya.. abah dan akak dapat memberikan pendidikan yang terbaik buat keduanya.... kerana pada hujungnya nati hanya doa' anak yang soleh jua yang membatu kita di alam yang baqa'...

 semoga kita mendapat kerahmatan dari Illahi..... abah..

3 May 2011

ThE PoTraiTs OF LiFe @ KuBang RoTaN...

Sinar harapan...
   

         Sekadar coretan jurnal perjalanan dan menimba sekelumit pengalaman selama 3 hari 2 malam di perkampungan nelayan dan pesawah padi di Kubang Rotan daerah kuala Kedah.. kalau ditanya apa yang abah dapat semasa disana? abah akan jawab .. banyak.. tapi kebanyakkanya diekspresikan menerusi lensa kamera abah yang tak pro langsung dalam memotretkan foto... pada abah cukup sekadar dikongsikan bersama dan ekspresi wajah2 ini membayangkan kemelut generasi  masa hadapan.. selebihnya korang intrepretasikanlah sendiri kay...


      Perjalanan abah yang bermula dari hari pertama meranjau sampai ke pelosok kampung membawa abah bertemu dengan beberapa lokasi menarik.. antaranya pelantar atau jeti menaikkan ikan di Kubang Rotan. wahhh banyak sekali ikan temenung a.k.a kembong dinaikkan... naik kat belakang jeti terus ja jual kat depan .. kucing pun dah gemuk taknak makan ikan.. eksyen punya kucing... kat bawahni... tengoklaa foto2 yang sempat abah rakamkan.... layan...
Sampan yang penuh dengan kembong .. berselerak ikan..huii
Kembong.. yang dah tak kembong... sekilo RM2.00 harga borong RM0.65 sen..
Udang Lipan a.k.a Udang Ketak..... buat kuah mee..abah tak reti nak makan udang ni
Jeti Punggah ikan.. tengok diaorang tarik pukat bersepah ikan... banyak

Adoi aihhh.... yang haluih pun kena kaut sekali ka???

abah suka pic ni.... bila la nak abih penaik ikanni?? belambak aihhh... 

Depa nii.. pi kelaut pukat besag2 balik kami jugak kena tarik....

demi... sesen wang saku sekolah.... kutip .. jangan malas222
Rilek brooo.... wahhhhhhhh pacak lutut.. heheh
  
hehehehe.... King Kong... wa kene rantai laa... sori bro ... tak leh lepaklaa..

kucing yang eksyen.. bulat badan...
Lu mau lu angkatla... wa belanja ini hari... agaknyalaa si perang kata kat si hitam

    Kuala kedah juga terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.. antara monumen yang terkenal ialah kewujudan Kota Kuala Kedah yang dijadikan sebagai kubu pertahanan dari serangan Siam.. tapi tak dapat abah rakamkan kerana hujan yang lebat dan ribut.. tak leh keluar keta.. so, apa yang abah dapat rakamkan akdalah bangunan Agensi Penguatkuasaan Maritim .. wah hebatnya bangunan macam castle kat eropah sana...


bangunan APMM
masjid Kubang Rotan.... takda org nak tanya sejarahnya... so...???
   Kedamaian kampung kan best.. petang2 rileks jaa.. takda nak sibuk2 macam kat pekan.. huru hara... rileks.. tambah2 pulak hijau nya anak2 padi baru naik... sekarang baru musim membajak banyakla nak2 kampung naik kubota... macam nak race saja dalam bendang... tapi waktu senja diketika abah dan cik fezal on the way nak balik penginapan lalu tepi sawah.. pehhh.. rileks beb pemandangan..


Damainya........
Senja dari atas Jambatan Kuala Kedah (Jambatan Tok Pasai)
   Politik orang kampung???? hehehe macam kat bawah ni....


sapa berani bertanding?????????
Salam Sayang............. abah
p/s: Thanks  to Cik Faizal Napiah yang mengajar abah basic thing about DSLR... abah main bantai jaa..... heheheh....

SiRiH PulaNG Ke GaGanG: BaKTiSisWa ZoN UtARa 2011



      Assalamulaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah exam baru ja tamat, sekarangni markah tengah diproses..so seminggu dua lagi result keluar dah.. baru-baru ni dari 28 - 30 April 2011, POLIMAS telah menganjurkan program Khidmat BaktiSiswa bertempat di Kampung Kubang Rotan, Kuala Kedah tak jauh pun dengan Alor Setar. Seramai 90 orang pelajar  telah dipilih mewakili politeknik masing2.. anak2 PSP terdiri dari Siti Norhanida, Nur Hidayatul, Aida Farhana, Nur hana, Muhammad Amir, Mohamad Husaimie, Muhammad Amir Hazwan, Al Imran, Muhammad Syahrul dan Muhammad Akbar.
     Peserta seterusnya dibahagi dan ditempatkan bersama keluarga angkat masing2, aktiviti yang telah dilaksanakan adalah berkonsepkan khidmat masyarakat seperti gotong royong membersihkan persekitaran sekolah, kerja cat mengecat  pagar sekolah yang dah pudar, membina sebuah wakaf baru bagi sekolah dan menyiapkan sebuah kompartemen bagi menanam pokok bunga. kerja khidmat masyarakat juga melibatkan kerja membaik pulih bumbung sebuah rumah yang dah dimakan usia..terdapat juga kerja membaik pulih 2 buah rumah penduduk tetapi tidak dapat dilaksanakan atas2 sebab2 teknikal dan keterhadan masa.
    Sebagai jambatan bagi mengeratkan hubungan annatar masayarakat dan pihak institusi maka, program sukaneka juga telah dilaksanakan dengan pelbagai acara antaranya tarik upih pinang, isi air dalam botol dan pelbagai lagi.  bagi memantapkan kekuhan akidah  dan tauhid forum perdana dilaksanakan dengan pelbagai intipati kerohanian diperbincangkan.
     Alhamdullillah, segalanya telah dilaksanakan dengan jayanya .. dengan harapan peserta - peserta program akan dapat menimba pengalaman dan memperkayakan softskill masing2 nanti.. dan ingatlah buat anak2 anda juga sebahagian dari masyarakat...










 ikhlas abah......

2 May 2011

News: Perubahan Tarikh Terbuka Kebangsaan 2011 (National Open)

all,

Tarikh Kejohanan Terbuka Kebangsaan 2011 telah ditunda ke : 14 - 17 JULAI 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Followers

Abah & Mimie...

Daisypath Anniversary tickers